SIBU: Komuniti setempat dan badan-badan bukan
kerajaan (NGO) disarankan agar menjalinkan kerjasama dengan
hospital-hospital kerajaan dalam menyumbangkan bantuan dari segi
kemudahan dan kelengkapan hospital.
Temenggung Vincent Lau Lee
Ming berkata usaha sama yang terbentuk di antara badan-badan luar dengan
pihak hospital dapat membantu memenuhi segala kekurangan yang dihadapi
oleh hospital-hospital kerajaan.
“Dengan pertambahan bilangan pesakit di hospital awam ketika ini, sekali gus meningkatkan bilangan pelawat di hospital.
“Kemudahan
dan kelengkapan kebanyakan hospital awam yang telah lama dibina pada
satu-satu waktu tidak cukup untuk menampung pertambahan ini,” katanya
pada majlis penyerahan sumbangan kerusi kepada Hospital Sibu di sini,
semalam.
Justeru, katanya, bantuan dan sumbangan daripada pihak
luar khususnya komuniti dan NGO sangat-sangat dialukan untuk memenuhi
keperluan dan keselesaan pesakit dan ahli-ahli keluarga yang datang
melawat dan bermalam di hospital.
Pada majlis itu, Vincent
melakukan acara simbolik penyerahan lebih 300 kerusi pelbagai jenis
sumbangan Ahli Lembaga Pelawat Hospital Sibu.
Hadir sama Pemangku Pengarah Hospital Sibu, Dr Nolan Teo Yie dan Ketua Penyelia Jururawat, Ling Lei Ping.
Vincent
yang juga Ketua Kaum Masyarakat Cina Sibu berkata kerajaan sentiasa
memandang kehendak dan keperluan perubatan yang dihadapi oleh rakyat.
“Peruntukan
bajet yang besar dalam pembentangan Belanjawan 2013 baru-baru ini
membuktikan betapa bidang perubatan khusus kepada golongan yang mendapat
rawatan diambil serius oleh kerajaan.
“Namun ekoran jumlah
keperluan yang begitu besar, peruntukan tersebut kemungkinan tidak
memadai untuk membantu perkhidmatan dan untuk memuaskan hati semua
pihak,” katanya.
Oleh itu, beliau ingin melihat komuniti setempat
dan NGO dapat berganding bahu dengan pihak hospital supaya kekurangan
yang tidak dapat disediakan dengan kadar segera oleh kerajaan dapat
dipenuhi secepat mungkin.
“Hasil kerjasama mampu melahirkan keakraban di antara masyarakat dengan pihak hospital, “ katanya.
Nelayan Berjaya Naikkan Ikan Pari Seberat 250 Kilogram
-
MIRI: Seorang nelayan dari Kuala Sibuti dekat sini, terkejut apabila pukat
yang dinaikkannya bukan hanya mengaut ikan biasa malah seekor ikan pari
gerga...
5 years ago
No comments:
Post a Comment