BAU: Politik pembangunan bagi mensejahtera dan
meningkatkan taraf hidup rakyat merupakan keutamaan serta komitmen
kerajaan Barisan Nasional (BN) sehingga berjaya membawa kepada
transformasi di negeri ini.
Menteri Perancangan Sumber dan Alam
Sekitar Kedua Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, malahan melalui
dasar dan perjuangan politik pembangunan, kerajaan juga mampu memberi
peluang kepada rakyat terlibat dalam ekonomi serta industri kecil.
“Kita
sepatutnya bangga sejak merdeka dan membentuk Malaysia selama 49
tahun, kita dapat melihat perubahan di negeri kita bukan sahaja secara
fizikal tetapi juga ekonomi, pendidikan, kesihatan serta sikap rakyat
kita yang berubah dan lebih berkeyakinan tinggi.
“Ini juga
disebabkan kepimpinan kita dan kerajaan (BN) yang berjaya
menyatupadukan masyarakat menerusi kepimpinan Yang Amat Berhormat
Ketua Menteri (Pehin Sri Abdul Taib Mahmud) kita menerusi politik
pembangunan yang diperjuangkan selama ini,” katanya.
Berucap
merasmikan Majlis Pelancaran Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar
(BELB) di Dewan Masyarakat Krokong di sini semalam, Awang Tengah yang
juga Menteri Kemudahan Awam menjelaskan, kerajaan BN sentiasa
menitikberatkan politik pembangunan mensejahterakan rakyat, bukan
sebaliknya seperti segelintir pihak yang lebih membawa kemunduran kepada
rakyat.
Beliau menegaskan, golongan sedemikian hanya mahu
mengutuk pembangunan yang dibawakan kerajaan dan bukannya membawa
kemajuan kepada rakyat.
“Kita sedar tidak semua projek pembangunan
yang dilaksanakan dapat dilakukan sekali gus di semua tempat kerana
Sarawak berbeza dari segi taburan penduduk dan sehingga hari ini, kita
mempunyai hampir 6,000 kampung serta rumah panjang bertaburan seluruh
Sarawak.
“Kita sedar masih ada di antara masyarakat kita belum
menikmati Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) dan Bekalan Air Luar
Bandar (BALB), namun kita harus ingat bahawa keadaan kini jauh berubah
jika dibandingkan 49 tahun lalu,” ujar beliau.
Di Sarawak,
katanya, kerajaan memberi keutamaan kepada keperluan asas luar bandar
seperti jalan raya, bekalan elektrik dan air bagi meningkatkan taraf
hidup rakyat di kawasan luar bandar.
Misalnya, di bawah Bidang
Keberhasilan Utama Negara (NKRA), dalam tempoh dua tahun Sarawak
menerima peruntukan bagi BALB sebanyak RM1.5 juta dan RM1.7 juta bagi
BELB, jelasnya.
“Ini selari dengan matlamat kita untuk mencapai
sasaran 95 peratus penduduk Sarawak mendapat bekalan elektrik daripada
74 peratus buat masa ini,” kata beliau.
Berhubung projek BELB di
kawasan Parlimen Mambong sejak 2009 hingga tahun ini, kerajaan telah
memperuntukkan lebih RM80 juta bagi pelaksanaannya.
Sementara
semalam, projek BELB bagi kontrak (2012-2013) di kawasan Krokong yang
merangkumi lapan buah kampung termasuk Kampung Batu Spit, Kampung Pisa,
Kampung Peros, Kampung Pengkalan Tebang, Kampung Ledan Gumbang dan tiga
lagi kampung lain menelan kos RM8.5 juta.
Hadir sama Ahli Parlimen
Mambong Datuk Dr James Dawos Mamit, Menteri Muda Kemudahan Awam Datuk
Sylvester Entri Muran, Menteri Muda Kerajaan Tempatan dan Pembangunan
Masyarakat Dr Jerip Susil, Timbalan Speaker DUN Datuk Roland Sagah Wee
Inn dan Menteri Muda Perancangan Sumber Datuk Mohd Naroden Majais
Read more: http://www.theborneopost.com/2012/10/06/politik-bn-transformasi-negeri/#ixzz28WKEcmID
Nelayan Berjaya Naikkan Ikan Pari Seberat 250 Kilogram
-
MIRI: Seorang nelayan dari Kuala Sibuti dekat sini, terkejut apabila pukat
yang dinaikkannya bukan hanya mengaut ikan biasa malah seekor ikan pari
gerga...
5 years ago
No comments:
Post a Comment