KUCHING: Rakyat Malaysia harus bangkit dan bersatu
menolak tindakan pihak luar yang cuba campur tangan urusan dalaman
negara, kata Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Dr Wan Junaidi
Tuanku Jaafar.Katanya, tujuan pihak itu hanya untuk memporak-peranda
keamanan dan kemakmuran yang dinikmati sekarang.
“Sebagai rakyat,
jangan kita biarkan pihak luar memperkotak-katikkan kehidupan,
keamanan serta kemakmuran yang sedia ada,” katanya pada sambutan
Aidiladha di Masjid Daruss’adah, Kampung Tabuan Hilir, di sini semalam.
Katanya, rakyat harus melihat situasi di beberapa negara Timur Tengah yang bergolak angkara campur tangan luar.
“Tindakan
pihak luar itu tidak memberi sebarang faedah sebaliknya hanya satu
usaha untuk memecahbelahkan rakyat,” katanya. — Bernama
Ali Biju silap langkah, GPS tetap jadi pilihan
-
Keputusan Ali Biju yang tetap dengan pendiriannya tidak mahu ‘melompat’ ke
Parti Demokratik Progresif (PDP) sebelum ini dan berpegang serta bergantung
k...
2 years ago
No comments:
Post a Comment