MIRI: Orang ramai adalah dipelawa untuk bersama memeriahkan pameran
‘Save Our Earth’ anjuran Jawatankuasa Perkhidmatan Komuniti Persatuan
Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM) Cabang Miri dengan kerjasama Local
Agenda 21 (LA21) pada hari ini.
Pameran berkenaan berlangsung di pekarangan pusat Membeli-belah Permy Mall Miri bermula jam 10 pagi hingga 4 petang.
Pelbagai
pameran mengenai amalan kitar semula, LA21, kesedaran persekitaran
mesra alam, kempen tidak menggunakan plastik atau ‘styrofoam’ dan
lain-lain.
Pameran itu bertujuan memberi serta meningkatkan
kesedaran di kalangan masyarakat mengenai kitar semula dan mendidik
menghargai alam sekitar.
Pihak penganjur turut mengadakan kuiz kepada para pengunjung dan hadiah menarik disediakan bagi mereka yang terlibat.
Sementara itu, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Miri (MBM), Lawrence Lai menyokong sepenuhnya aktiviti berkenaan.
Katanya,
dalam memberikan kesedaran kepada masyarakat aktiviti itu selaras
dengan usaha untuk menjadikan Miri sebuah bandar raya hijau dan bersih.
“Justeru,
kita amat berterima kasih kepada pelbagai pihak seperti agensi
kerajaan, bukan kerajaan, badan-badan korporat dan lain-lain yang banyak
membantu dan menjayakan serta memberi sokongan terhadap aktiviti
sedemikian dalam usaha menghargai persekitaran dan mendidik amalan kitar
semula,” katanya dalam sidang media bersama Jawatankuasa Perkhidmatan
Komuniti PBSM Cabang Miri, di sini semalam.
Sehubungan itu,
tambahnya, kempen tidak menggunakan ‘styrofoam’ sebagai bungkusan
makanan dapat mendidik dan mempromosikan masyarakat mengamalkan aktiviti
sihat.
Ali Biju silap langkah, GPS tetap jadi pilihan
-
Keputusan Ali Biju yang tetap dengan pendiriannya tidak mahu ‘melompat’ ke
Parti Demokratik Progresif (PDP) sebelum ini dan berpegang serta bergantung
k...
2 years ago
No comments:
Post a Comment