KUCHING: Sambutan Ulang Tahun Ke-50 Kemerdekaan Sarawak dalam
Malaysia tahun ini begitu bermakna serta signifikan bagi rakyat
berbilang kaum dan agama di negeri ini kerana sejak kemerdekaan, mereka
menikmati kestabilan politik, keharmonian, keama-nan dan ketenteraman,
kata Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Alfred Jabu.
Beliau berkata,
suasana yang begitu rupa juga membolehkan keyakinan daripada pelabur
yang menyebabkan banyak transformasi wujud di seluruh Sarawak berbanding
tahun 1963 ketika ia merdeka melalui Malaysia.
“Semasa itu
Sarawak adalah di dalam kedudukan tiga buah negeri yang terbawah
prestasi-nya, sedangkan sekarang di bawah pimpinan Ketua Men-teri Pehin
Abdul Taib Mahmud, kita telah menyaksikan prestasinya meningkat ke tahap
tiga buah negeri yang teratas,” kata Jabu yang juga Pe-ngerusi
Jawatankuasa Sambutan Induk ketika ditemu bual dalam program ‘Selamat
Pagi Malaysia’ di RTM 1 semalam.
Katanya, maka sambutan ulang
tahun berkenaan adalah tepat kerana penyertaan rakyat jelata membuktikan
bahawa semua dapat bersama menikmati segala kejayaan hasil daripada
transformasi yang diwujudkan kerajaan negeri dan kerajaan pusat termasuk
pembasmian kemiskinan di seluruh Bumi Kenyalang ini.
Bagi
perayaan sambutan ke-50 ini, beliau yakin tema ‘Mengisahkan dan
Memfokuskan Kepada Harmoni Antara Semua’ dapat mengatasi segala isu
dalam suasana yang baik menerusi keharmonian untuk memastikan Sarawak
bertambah maju, aman dan stabil supaya dapat dinikmati generasi yang
akan datang.
“Inilah cara semasa kita menyambut perayaan, kita
juga berazam untuk bekerja lebih gigih untuk menepati sasaran yang
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak letakkan dan begitu juga
matlamat Ketua Menteri yang mahu menuju ke arah tahap ekonomi
berpendapatan tinggi,” kata Jabu.
Beliau berkata Yang di-Pertua
Negeri Tun Datuk Patinggi Abang Muhammad Salahuddin akan melancarkan
upacara sambutan pada malam Ahad ini di Stadium
Tertutup Petra Jaya di sini, yang akan disertai lebih 5,000 rakyat daripada pelbagai lapisan kehidupan.
Selain
majlis pelancaran yang penuh warna-warni, katanya, sambutan itu
mengandungi lapan acara utama yang akan dilangsungkan di seluruh negeri
termasuk di peringkat residen, daerah dan daerah kecil supaya rakyat
jelata dapat bersama menikmati hasil kemerdekaan dalam suasana riang
gembira.
Ini termasuk simposium kebudayaan dari April hingga
Disember, pameran pembangunan yang dicapai Sarawak sejak 50 tahun lepas
(pada Julai), majlis kesyukuran di Masjid Jamek dan oleh institusi agama
lain (15 September), perhimpunan rakyat, perarakan dan pertunjukan bot
berhias (16 September), majlis penganugerahan bintang dan pingat
kebesaran khas serta majlis penutup sambutan di Kuching pada November. —
Bernama
Nelayan Berjaya Naikkan Ikan Pari Seberat 250 Kilogram
-
MIRI: Seorang nelayan dari Kuala Sibuti dekat sini, terkejut apabila pukat
yang dinaikkannya bukan hanya mengaut ikan biasa malah seekor ikan pari
gerga...
5 years ago