Mawan akan akur jika diarah berbuat demikian oleh kepimpinan BN pada PRU13
KUCHING:
Presiden Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) Tan Sri William
Mawan Ikom semalam memberitahu beliau sanggup diletakkan se-bagai calon
Barisan Nasio-nal (BN) di kerusi Parlimen Saratok pada Pilihan Raya Umum
Ke-13 (PRU13) jika beliau diarah berbuat demikian oleh pucuk pimpinan
BN.
Bercakap kepada media selepas menghadiri Majlis Penyerahan
Geran Kementerian Pembangunan Sosial kepada pertubuhan sukan dan belia
di sini semalam, beliau memberitahu akan menerima ‘arahan’ itu demi
kemenangan BN.
“Jika demi kemenangan BN, kenapa tidak (saya terima
arahan itu). Itu adalah kenyataan yang sering saya sebut. Tetapi saya
bekerja 24 jam di empat konstituensi milik SPDP termasuk Saratok dan Mas
Gading.
“Setiap kali saya melawat konstituensi-konstituensi
tersebut, saya akan membawa bersama penyandang, semua ini bagi
memastikan yang lemah akan bertambah kuat, tidak bermakna saya mahu
menjadi calon.
“Namun jika itulah keputusan pucuk kepimpinan BN,
hanya satu cara untuk kita (BN) menang, mari kita lupakan pendapat
peribadi,” ujarnya.
Beliau berkata demikian apabila diminta
mengulas mengenai spekulasi mengatakan beliau bakal bertan-ding di
kerusi Parlimen Saratok yang ketika ini disandang oleh Jelaing Mersat.
Mawan
yang juga Menteri Pembangunan Sosial dan Ahli Dewan Undangan Negeri
(ADUN) Pakan juga tidak menolak kemungkinan berlaku perubahan dalam
se-narai nama calon parti itu pada saat-saat akhir.
“Sudah tentu
SPDP telahpun membuat keputusan (mengenai calon) lama dulu oleh Majlis
Tertinggi parti tetapi sebagai ahli komponen BN yang setia, kita tidak
seharusnya dan tidak boleh membuat keputusan sendiri.
“Perdana
Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) selaku Pengerusi BN masih boleh
mengkajinya semula, kita akan terima demi kepenti-ngan BN dan memastikan
parti terus kekal,” katanya.
Tambahnya lagi, sebagai komponen BN,
SPDP tidak boleh membuat keputusan sendiri mengenai calon dan perlu
mematuhi persetujuan dan mengambil kira semua kepentingan BN.
“Persoalannya,
jika SPDP cuba membuat atau menegak-kan keputusannya (mengenai
pemilihan calon), adakah parti bersedia untuk melakukannya (menghadapi
pilihan raya) sendiri kerana kita adalah komponen BN.
“Saya tidak
bermaksud (berlaku) perubahan pada senarai calon kita di sana dan sini,
tetapi apa jua keputusan kita, keputusan parti, ia akhirnya akan
ditentukan oleh pucuk kepimpinan parti,” ujarnya.
SPDP diperuntukkan empat kerusi Parlimen iaitu Saratok, Baram, Mas Gading dan Bintulu.
Nelayan Berjaya Naikkan Ikan Pari Seberat 250 Kilogram
-
MIRI: Seorang nelayan dari Kuala Sibuti dekat sini, terkejut apabila pukat
yang dinaikkannya bukan hanya mengaut ikan biasa malah seekor ikan pari
gerga...
5 years ago
No comments:
Post a Comment