March 23, 2013

Perladangan sawit di Sarawak serlah peningkatan drastik

KUCHING: Sektor perladan­gan sawit di Sarawak menun­jukkan peningkatan drastik dalam menjana ekonomi sekali gus mencerminkan potensi tinggi tanah di negeri ini un­tuk dimajukan dalam bidang tersebut.Menurut kenyataan akhbar Persatuan Pemilik Ladang Kelapa Sawit Sarawak (SOP­POA) semalam, peningkatan positif kawasan terlibat dalam penanaman sawit dan per­tambahan produktiviti jelas menunjukkan negeri ini be­rada di landasan untuk menuju sebuah negeri pengeluar sawit terbesar di Malaysia.
SOPPOA menjelaskan, kini Sarawak mempunyai 1.2 juta hektar tanah yang telah dimajukan dalam sektor per­ladangan tersebut di bawah Lembaga Minyak Sawit Ma­laysia (MPOB).
Walaupun peningkatan dras­tik dalam perladangan sawit di negeri ini, SOPPOA men­jelaskan ia tidak menjejaskan keseimbangan alam sekitar kerana pokok kelapa sawit juga seperti ‘hutan’ yang membekal­kan oksigen kepada manusia.
Malah, SOPPOA memberi­tahu, kualiti tanah di negeri ini amat bersesuaian dengan penanaman sawit yang perlu dimanfaatkan dalam menjana ekonomi rakyat khasnya pe­milik tanah itu sendiri.
“Industri perladangan sawit ini amat bersesuaian di negeri ini kerana tanahnya yang berkualiti dan ia tidak memberi kesan kepada alam sekitar.
“Kita berharap gen­erasi masa hadapan akan meneruskan usaha ini dan menikmati pembangunan sawit ini yang mengekalkan kehijauan tanpa menjejaskan alam sekitar,” kata SOP­POA.

No comments: