KUCHING: Lebih 300 orang dijangka akan menghadiri ceramah terbuka
Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib yang julung kali diadakan pada 11 Mac
ini, di sebuah hotel terkemuka di sini.
Anjuran bersama Jabatan Penerangan Sarawak dan Yayasan Media Sarawak,
ceramah itu bertajuk ‘Sarawak Beyond Today: Challenges and
Opportunities’, itu akan menumpukan beberapa peluang dan cabaran utama
yang bakal dihadapi negeri dalam beberapa tahun akan datang, dengan
mengambil kira perubahan landskap sosioekonomi dan impak globalisasi.
Menurut kenyataan akhbar yang dikeluarkan semalam, ceramah itu akan
dihadiri oleh ahli akademik kanan, ketua-ketua pertubuhan bukan
kerajaan, ketua-ketua eksekutif daripada industri, ahli kanan badan
profesional, ahli politik, ketua-ketua jabatan kerajaan, ahli-ahli media
dan ketua-ketua badan agama.
Program itu akan diikuti oleh sesi panel di mana hadirin boleh
mengemukakan soalan atau meminta pengesahan berhubung sesuatu isu dan
seterusnya jamuan ringan akan disediakan.
Jawatankuasa penganjur yang diketuai oleh Pengarah Penerangan Negeri
Zaini Mohamad melakukan kunjungan hormat kepada Ketua Menteri kelmarin
dan memberi taklimat berhubung program tersebut.
Turut hadir ialah Ketua-ketua Penolong Pengarah Samuel Simon dan
Ambrose Cheng Loi Hee serta Pengerusi Yayasan Media Sarawak Toman
Mamora.
Nelayan Berjaya Naikkan Ikan Pari Seberat 250 Kilogram
-
MIRI: Seorang nelayan dari Kuala Sibuti dekat sini, terkejut apabila pukat
yang dinaikkannya bukan hanya mengaut ikan biasa malah seekor ikan pari
gerga...
5 years ago
No comments:
Post a Comment