M’sia terikat dengan undang-undang antarabangsa terutama Konvensyen Geneva
KUCHING: Kerajaan tidak boleh mengambil tindakan sesuka hati terhadap
soal pencerobahan ke atas negara kerana Malaysia ter-ikat dengan
undang-undang antarabangsa terutama Konvensyen Geneva.
Speaker Dewan Rakyat Datuk Wan Junaidi Tuan-ku Jaafar berkata
kerajaan perlu melihat semua aspek dan mengetahui objektif sebenar
pencerobohan dibuat terlebih dahulu.
Menurutnya Malaysia ter-ikat dengan undang-undang antarabangsa,
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) khususnya Konvensyen Geneva 1949
berhubung insiden pencerobohan kumpulan bersenjata di Lahad Datu.
“Malaysia tidak boleh mencabuli undang-undang antarabangsa dengan
meng-ambil tindakan sewenang-wenangnya terhadap soal pencerobohan,”
tegasnya.
Wan Junaidi yang juga Ahli Parlimen Santubong menambah, Malaysia
tertakluk kepada perjanjian antarabangsa itu yang menetapkan tindakan
terhadap pencerobohan perlu mengikut undang-undang.
“Kenyataan demikian me-nunjukkan betapa ceteknya pengetahuan beliau.
“Kalau tak tahu jangan cakap… sekiranya pembangkang mentadbir negara
ini kita akan berperang dengan semua negara termasuk negara jiran,”
katanya.
Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas tindakan Parti
Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak mempersoalkan tindakan kerajaan yang
lambat, tidak cekap dan bersikap lembut dalam menangani krisis
pencerobohan kumpulan bersejata di Lahad Datu baru-baru ini.
Pengerusi PKR Sarawak Baru Bian dalam satu sidang media kelmarin
(Rabu lepas) berkata kerajaan telah gagal menyekat kemaraan awal pihak
penceroboh berkenaan sehingga menyebabkan kematian lapan anggota
keselamatan negara.
Baru turut mempersoalkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang gagal
melabelkan kumpulan berkenaan sebagai militan atau pengganas padahal
mereka dengan jelas bersenjata dan menjalankan kegiatan secara teratur
tanpa dapat dikesan pihak berkuasa negara.
“Pihak kerajaan hanya sedar mengenai kesungguhan pihak penceroboh
setelah lapan anggota polis terkorban dan ini tidak sepatutnya berlaku,”
katanya.
Nelayan Berjaya Naikkan Ikan Pari Seberat 250 Kilogram
-
MIRI: Seorang nelayan dari Kuala Sibuti dekat sini, terkejut apabila pukat
yang dinaikkannya bukan hanya mengaut ikan biasa malah seekor ikan pari
gerga...
5 years ago
No comments:
Post a Comment