KOTA SAMARAHAN 2 Mac - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
(SKMM) serta pasukan polis perlu bekerjasama bagi menghalang mana-mana
laman web menjalankan kegiatan judi pilihan raya menerusi Internet.
Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Fadillah Yusof
berkata, langkah itu perlu kerana kegiatan judi pilihan raya dalam
Internet dijangka diadakan secara besar-besaran menjelang Pilihan Raya
Umum Ke-13.
Menurutnya, kegiatan judi pilihan raya akan menjalankan operasi yang
menggunakan kaedah seperti aktiviti judi bola sepak tetapi pertaruhan
membabitkan parti dan calon yang bertanding.
"Sehubungan itu, dua badan kerajaan ini perlu merangka pelan tindakan
penguatkuasaan bersama iaitu meningkatkan sistem teknologi maklumat
masing-masing.
"Ini kerana melalui sistem teknologi maklumat yang canggih pihak
polis dapat mengesan kegiatan perjudian tersebut dengan lebih mudah
manakala SKMM boleh bertindak menyekat laman web haram itu serta-merta,"
katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau sebelum itu berucap dan merasmikan Karnival Teknologi Maklumat
2013 di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Sarawak di sini. - UTUSAN
Ali Biju silap langkah, GPS tetap jadi pilihan
-
Keputusan Ali Biju yang tetap dengan pendiriannya tidak mahu ‘melompat’ ke
Parti Demokratik Progresif (PDP) sebelum ini dan berpegang serta bergantung
k...
2 years ago
No comments:
Post a Comment