Pengesahan pemilikan tanah NCR hanya boleh dilakukan oleh JTS: Manyin
SERIAN: Dato Sri Michael Manyin mengingatkan ketua-ketua kaum agar tidak bertindak sendiri bagi mengesahkan pemilikan tanah Hak Adat Bumiputera (NCR).
Menteri Pembangunan Infra-struktur dan Perhubungan itu berkata pengesahan pemilik ta-nah NCR hanya boleh dilakukan oleh Jabatan Tanah dan Survei melalui prosedur yang ditetapkan dan ia bukan bidang kuasa mereka (ketua kaum).
“Ini kerana ada ketua kaum yang mengatakan tanah NCR ini milik individu tertentu.
“Sebab itu, saya mahu mengingatkan ketua-ketua kaum agar jangan mengesahkan ini (tanah NCR) milik sesiapa ataupun bukan,” katanya.
Beliau menegaskan demikian semasa berucap sempena majlis penyampaian cek pampasan ta-nah bahagian Samarahan, di Dewan Masyarakat Serian, di sini semalam.
Bagaimanapun, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Te-bedu itu kemudiannya mengatakan pengesahan pemilik tanah NCR oleh pihak-pihak tertentu diterima sekiranya ia berasaskan bukti-bukti kukuh.
Katanya, timbul beberapa kes terhadap pengesahan pemilik tanah NCR di mana dua pihak saling mengaku sesuatu tanah NCR itu adalah milik sendiri dan kemu- diannya melalui pengesahan oleh ketua kaum, penghulu dan sete-rusnya Mahkamah Bumiputera.
Namun, katanya selepas keputusan pengesahan pemilikan dibuat, perebutan tersebut akan berulang menyebabkan isu sedemikian tidak pernah selesai.
“Apabila balik ke kampung semula, pihak yang kalah ini akan mengaku semula tanah NCR yang direbut itu lalu menanam lada, getah dan sebagainya.., jadi ia tidak pernah selesai,” katanya.
Susulan itu, katanya kerajaan telah mengambil inisiatif untuk mendokumenkan semua tanah NCR sebagai langkah mengu-rangkan pertikaian terhadap ta-nah NCR terutamanya dalam masyarakat Bidayuh.
Sementara itu, Manyin ber-kata bayaran pampasan bernilai RM3.68 juta kepada seramai 181 penerima menunjukkan bukti jelas kerajaan tidak merampas tanah rakyat.
“Kerajaan mengiktiraf hak rakyat terhadap tanah NCR walaupun tanah tersebut tidak mempunyai geran,” katanya.
Justeru itu, katanya isu-isu yang dibangkitkan pihak tertentu yang mendakwa kerajaan me-rampas tanah rakyat hanyalah untuk tujuan meraih undi.
“Rakyat harus sedar mereka yang mengata kerajaan sedemikian hanya untuk meraih undi sahaja,” ujarnya.
Pampasan tanah tersebut di-berikan kepada pemilik, berikutan pe-laksanaan projek menaik taraf Sekolah Kebangsaan (SK) Tebedu dan SK Koran, Serian, menaik taraf Jalan Krusen/ Rituh/Tebakang Taup, Serian, pelaksanaan Skim Perparitan Terkawal Bukar Serian dan Ladang Ternakan Pasir Putih, melibatkan tapak seluas 626.30 hektar.
No comments:
Post a Comment