December 30, 2010

Kesihatan rakyat dijaga: PM

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan akan memperkenalkan Klinik Bot Bergerak hibrid untuk memberikan perkhidmatan kesihatan ke kampung-kampung yang dihubungkan melalui sungai di Malaysia Timur.

Beliau berkata langkah itu bertujuan memastikan rakyat dapat menikmati kesihatan yang lebih baik dan menerima pemeriksaan perubatan, ubat dan nasihat.

“Saya yakin bahawa dalam usaha kami mencapai negara maju dan berpendapatan tinggi dan dalam semangat inklusif, kami tidak akan melupakan mereka yang serba kekurangan.

“Kami akan masuk ke hutan rimba dan menyusuri sungai-sungai terpanjang dan mendaki gunung tertinggi untuk memastikan semuanya bergerak seiring sebagai sebuah negara. Adalah menjadi impian saya agar semua rakyat Malaysia mempunyai akses kepada penjagaan kesihatan, tanpa mengira di mana me-reka tinggal,” katanya dalam posting terbaru beliau semalam dalam blog 1Malaysia.

Najib berkata beliau juga amat berminat dan amat menghargai sekiranya para pembaca blog beliau itu dapat berkongsi pendapat dan cadangan mereka terhadap inisiatif itu.

Perdana Menteri berkata pada Januari lepas, beliau telah memperkenalkan Klinik 1Malaysia di kawasan-kawasan bandar untuk menyediakan rawatan dan penjagaan kesihatan asas secara cepat dan murah untuk golongan berpendapatan rendah.

“Saya percaya Klinik 1Malaysia berjaya adalah kerana kami berupaya memberikan khidmat kepada rakyat dan meningkatkan akses kepada penjagaan kesihatan untuk golongan berpendapatan rendah di kawasan bandar. Lagipun, individu yang sihat mampu menyumbang lebih ba-nyak kepada keluarga mereka, ekonomi dan pertumbuhan negara kita,” katanya.

Sebagai susulan kepada klinik 1Malaysia, Najib juga melancarkan Inisiatif Klinik Bergerak 1Malaysia pada awal bulan ini, yang menawarkan perkhidmatan penjagaan dan pemeriksaan ke-sihatan secara percuma ke kampung-kampung di kawasan pedalaman.

“Bas-bas ini akan membawa doktor, jururawat dan staf sokongan untuk merawat mereka yang sakit dan memberikan perkhidmatan kesihatan berkualiti di tempat-tempat yang tidak ada klinik dan hospital,” katanya.

Beliau berkata inisiatif itu mene-pati dua intipati dalam Bidang Ke-berhasilan Utama Negara (NKRA) iaitu meningkatkan taraf hidup isi rumah berpendapatan rendah dan meningkatkan infrastruktur asas di kawasan luar bandar.

Najib berkata Inisiatif Klinik Bergerak 1Malaysia akan bermula dengan empat buah bas untuk pergi ke kawasan-kawasan yang memerlukan yang telah dikenal pasti di seluruh negara.

Bas itu akan mengunjungi se-hingga 40 buah kampung dalam sebulan untuk memberikan rawatan kesihatan yang diperlukan termasuk pemeriksaan dan ubat-ubatan, kata Najib.

Kebanyakan kes akan dikendalikan oleh staf pada masa itu juga manakala kes yang lebih serius akan dirujuk ke hospital atau pusat perubatan di bandar terdekat, katanya. — Bernama

No comments: