December 30, 2010

Jambatan Sungai Sarikei dijangka siap lebih awal

SARIKEI: Jambatan Sungai Sarikei yang menghubungkan kawasan Merudu, Baji dan kawasan sekitarnya yang bernilai RM1.3 juta bakal siap lebih awal daripada jadual yang telah ditetapkan.

DALAM PEMBINAAN: Jambatan Sungai Sarikei dalam proses pembinaan dan telah siap pada kadar 71 peratus.

Menteri Muda Pemodenan Pertanian (Industri Makanan) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Repok Datuk David Teng berkata, jambatan tersebut dijadualkan siap sepenuhnya pada bulan September 2011.

“Pada masa sekarang pembinaan jambatan sepanjang 124.8 meter itu pada tahap 71 peratus siap dan sekiranya tiada apa-apa masalah ia akan digunakan menjelang pertengahan tahun depan.

“Dalam melaksanakan tugasan ini komitmen daripada semua pihak amat kami perlukan terutama daripada pihak kontraktor yang terbabit, dalam memastikan setiap perkara yang dirancang dan dilakukan berada pada landasan yang betul serta berjalan lancar.

“Pada masa akan datang kami akan le-bih kerap mengadakan pemeriksaan dan pemantauan ke lokasi-lokasi terdapatnya projek kerajaan sama ada yang melibatkan pebelanjaan yang besar ataupun tidak.

“Ini bagi memastikan setiap kerja yang dilakukan mengikut standard yang telah ditetapkan dan mengikut perjanjian yang telah ditandatangani,” kata Teng.

Beliau berkata demikian sewaktu melawat tapak pembinaan jambatan yang menyeberangi Sungai Sarikei di Jalan Merudu/Baji kira tujuh kilometer dari pusat bandar Sarikei, semalam.

Turut melawat lokasi terbabit ialah Ahli Parlimen Sarikei, Ding Kuong Hiing, konsultan dan pihak kontraktor yang terbabit dengan pembinaan terbabit.

“Pembinaan jambatan ini akan memudahkan kerajaan membangunkan kawasan terbabit dan menyediakan kemudahan kepada orang ramai untuk memasarkan hasil pertanian mereka.

“Kerajaan sentiasa berusaha memberikan kemudahan dan memperbaiki ekonomi rakyatnya dalam memberikan peningkatan kepada semua aspek agar tiada siapa yang merasakan dirinya ketinggalan daripada arus pembangunan.

“Dengan itu bagi memudahkan kerajaan menjalankan setiap perancangan yang telah diatur dan disediakan pada tahun depan, sokongan daripada semua pihak amat diperlukan kerana tiada kerajaan lain yang lebih prihatian terhadap rakyatnya selain daripada kerajaan Barisan Nasional,” tegas Teng.

“Ini bagi memastikan setiap kerja yang dilakukan mengikut standard yang telah ditetapkan dan mengikut perjanjian yang telah ditandatangani,” kata Teng.

Beliau berkata demikian sewaktu melawat tapak pembinaan jambatan yang menyeberangi Sungai Sarikei di Jalan Merudu/Baji kira tujuh kilometer dari pusat bandar Sarikei, semalam.

Turut melawat lokasi terbabit ialah Ahli Parlimen Sarikei, Ding Kuong Hiing, konsultan dan pihak kontraktor yang terbabit dengan pembinaan terbabit.

“Pembinaan jambatan ini akan memudahkan kerajaan membangunkan kawasan terbabit dan menyediakan kemudahan kepada orang ramai untuk memasarkan hasil pertanian mereka.

“Kerajaan sentiasa berusaha memberikan kemudahan dan memperbaiki ekonomi rakyatnya dalam memberikan peningkatan kepada semua aspek agar tiada siapa yang merasakan dirinya ketinggalan daripada arus pembangunan.

“Dengan itu bagi memudahkan kerajaan menjalankan setiap perancangan yang telah diatur dan disediakan pada tahun depan, sokongan daripada semua pihak amat diperlukan kerana tiada kerajaan lain yang lebih prihatin terhadap rakyatnya selain daripada kerajaan Barisan Nasional,” tegas Teng.

No comments: