KUCHING: Dalam suasana penuh keamanan seperti yang kita semua nikmati
sekarang, tumpuan harus diberikan kepada program-program transformasi
kerajaan.
Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud berkata
program transformasi yang diinspirasikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri
Najib Tun Razak perlu direalisasikan semua rakyat.
Dalam konteks
Sarawak katanya, program transformasi pembangunan Koridor Tenaga
Diperbaharui Sarawak (SCORE) mampu menjamin rakyat negeri ini
merealisasikan impian Sarawak sebagai sebuah negeri maju.
“Justeru,
kerajaan akan sentiasa memastikan generasi muda dibekalkan dengan ilmu
dan kemahiran teknikal,” katanya dalam perutusan dalam buku cenderamata
sempena sambutan Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan
Agong Ke-XIV di sini semalam.
Taib menjelaskan bahawa inisiatif
kerajaan itu adalah bagi memastikan anak jati Sarawak bersama-sama
menyumbang dan memacu kemajuan dalam bidang industri di negeri ini.
Beliau
berkata sempena Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan
Agong, rakyat Sarawak juga menjunjung kasih dan melafazkan taat setia
kepada baginda tuanku.
“Walaupun era berubah, namun tautan antara
raja dan rakyat tetap relevan ibarat kata pepatah ‘raja dan rakyat
terpisah tiada,” katanya.
Taib juga berkata payung kedaulatan Yang
di-Pertuan Agong terbukti berjaya mewujudkan suasana kondusif untuk
menyemai dan menyemarakkan semangat perpaduan di kalangan rakyat
pelbagai kaum dan agama di negeri ini.
“Sistem raja berpelembagaan
negara kita yang unik menjaga kepentingan dan hak semua kaum harus
menjadi kebanggaan semua rakyat,” katanya.
Sambutan Hari
Keputeraan Yang di-Pertuan Agong Peringkat Negeri Sarawak diadakan
secara sederhana dengan Majlis Kesyukuran di Masjid Jamek, Petra Jaya
pada 1 Jun.
Manakala semalam (2 Jun) berlangsung Majlis Jamuan Teh
di Dewan Santapan, Bangunan Dewan Undangan Negeri Sarawak (DUN),
dihadiri Yang di-Pertua Negeri Tun Datuk Patinggi Abang Muhammad
Salahuddin dan isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Norkiah.
Hadir sama
Speaker DUN Datuk Amar Mohd Asfia Awang Nassar, Menteri Perumahan dan
Menteri Pelancongan Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg serta
Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar.
Majlis
itu diserikan dengan pelbagai persembahan kebudayaan dan kesenian serta
penyampaian sumbangan kepada kanak-kanak, orang kurang upaya, ibu/bapa
tunggal dan warga emas.
Turut memeriahkan sambutan ialah Pameran Raja Kita di Bangunan DUN yang dirasmikan oleh Tun Salahuddin.
Nelayan Berjaya Naikkan Ikan Pari Seberat 250 Kilogram
-
MIRI: Seorang nelayan dari Kuala Sibuti dekat sini, terkejut apabila pukat
yang dinaikkannya bukan hanya mengaut ikan biasa malah seekor ikan pari
gerga...
5 years ago
No comments:
Post a Comment