August 30, 2012

BN Negeri diingat terus bersatu

KUCHING: Parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) Negeri diingatkan untuk terus bersatu padu bagi memastikan kedudukan terus kukuh di Sarawak.
Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud memberitahu, perpaduan yang dipelopori oleh Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) itu amat penting kerana ia merupakan tonggak kekuatan khasnya dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) kelak.
“Ini asas perjuangan kita. Bila kita lupa asas perjuangan, maka lembiklah perpaduan dalam Barisan Nasional.
“Kita mahu semangat (perpaduan) ini dapat digunakan bukan sahaja untuk terus menang di Sarawak, tetapi bagi memastikan BN terus menang di peringkat pusat,” katanya ketika menyempurnakan Majlis Ramah-tamah Aidilfitri PBB di sini, kelmarin.
Selain PBB, tiga parti komponen BN lain adalah Parti Rakyat Sarawak (PRS), Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) dan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP).
Taib yang juga pengerusi BN Negeri memberitahu, elemen itu turut menjadikan parti tersebut unik dan kuat kerana ia telah dijadikan sebagai satu budaya.
Malah dari segi sejarah katanya, PBB dibentuk hasil semangat bersatu padu tiga parti sehingga menjadikannya model parti politik untuk parti komponen lain.
“BN Sarawak tidak akan goyah kerana budaya PBB ini akan menyelamatkan kita,” katanya.
Sementara itu, Menteri Perumahan Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg yang juga timbalan presiden PBB memberitahu, arus pembangunan deras yang dikecapi Sarawak hari ini tidak mungkin dapat dicapai tanpa perpaduan.
Menurutnya, perpaduan yang merupakan segalanya dalam pucuk pimpinan parti mampu mempertahankan dua kerusi Parlimen iaitu Petra Jaya dan Santubong dalam PRU13 akan datang.
“Apabila beduk (pilihan) raya berbunyi, saya yakin kita mampu berjaya dengan mengambil kira prestasi pilihan raya negeri lepas,” katanya.
Manakala Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang juga pengerusi penganjur majlis turut percaya PBB, di bawah kepimpinan Taib merupakan parti terunggul di Sarawak.
“Tidak ada yang dapat menandingi dari segi kepimpinan dan kekukuhan daripada kepimpinan Ketua Menteri yang kita sanjungi.
“Saya yakin walaupun datang ribut dan taufan, PBB yang di bawah kepimpinan KM berupaya mengatasi segalanya,” katanya.

Read more: http://www.theborneopost.com/2012/08/30/bn-negeri-diingat-terus-bersatu-2/#ixzz24zOUY8Ah

Korea Selatan anggap S’wak negeri berpotensi

KUCHING: Korea Selatan menganggap Sarawak sebagai negeri yang berpotensi membangun dengan pesat dalam pelbagai sektor yang bakal memberi manfaat kepada ke-dua-dua belah pihak.
Justeru, semalam delegasi Majlis Daerah Guro, Korea Selatan mengadakan kunjungan persahabatan ke pejabat Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) James Chan bagi menggalakkan persefahaman dan per-sahabatan kedua-dua bandar.
Delegasi berkenaan diketuai Pengerusinya Hwang Kyu Bok dan Timbalan Pengerusi Park Jong Hyun.
Dalam pertemuan itu, kedua-duanya bersetuju untuk menjalinkan hubungan rapat dan saling bertukar pendapat dan buah fikiran dalam pembangunan yang menjurus kepada pendidikan, teknologi dan pelancongan dua hala.
Terdapat cadangan memorandum persefahaman yang diusulkan serta dipersetujui kedua-dua belah pihak untuk melakukan usaha bersepadu berdasarkan kesaksamaan dan faedah bersama selain mengukuhkan lagi hubungan mesra dan kerjasama kedua-dua bandar secara aktif membangunkan hubungan bandar mesra.
Kedua-dua pihak bersetuju untuk menjalankan kerja-sama dalam bidang ekonomi, perdagangan, budaya, pendidikan sains dan teknologi, pelancongan dan banyak lagi.
Di samping itu, kedua-dua majlis akan menjaga hubung-an rapat untuk mengadakan rundingan mengenai perkara-perkara kepentingan bersama antara kedua-dua pihak.
“Kami amat gembira dan berbesar hati dengan lawatan pihak Majlis Daerah Goru walaupun bencana taufan Bolaven melanda bandar anda, anda masih dapat datang melawat kami di Kuching Selatan.
“Pertukaran buah fikiran dengan pihak Majlis Daerah Guro akan membawa kepada pembangunan kedua-dua bandar dan memberi manfaat kepada rakyat di kedua-dua belah pihak juga,” kata Chan ketika mengalukan kedata-ngan delegasi sebelum mengadakan pertemuan dengan Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud semalam.
Beliau turut mengharapkan kedua-dua pihak akan me-ngembangkan pertukaran dalam pelbagai bidang, tidak hanya budaya dan pelancongan tetapi juga ekonomi dan pentadbiran bagi meningkatkan kekuatan pentadbiran kedua-dua belah pihak.
Dalam satu kenyataan yang diedarkan kepada media semalam, Hwang berkata daerah Guro terletak di selatan wilayah Korea serta memainkan peranan penting dalam pertumbuhan ekonomi Korea.
Daerah Goru membangun dengan pesat terutama dalam perindustrian teknologi canggih.
Ia merupakan sebuah bandar yang mendapat perhatian bukan sahaja dari Korea tetapi dari seluruh dunia.
“Kuching, dengan semua potensi untuk dibangunkan pada masa dapan dan daerah Guro yang mempunyai infrastruktur baik bagi industri digital berteknologi tinggi, akan menjamin bahawa lawatan akan memberi kedua-dua bandar manfaat terbaik.
Beliau turut menegaskan bahawa Kuching merupakan sebuah bandar membangun dan ia akan berubah menjadi bandar industri berteknologi tinggi selepas 30 tahun sebagaimana daerah Guro sekarang.

Read more: http://www.theborneopost.com/2012/08/30/korea-selatan-anggap-swak-negeri-berpotensi/#ixzz24zOFfWUZ

August 26, 2012

Lakukan perubahan cara hidup, pemikiran: KM

LIMBANG: “Rakyat perlu melakukan perubahan cara hidup dan pemikiran baharu serta memberi keuntungan seperti yang diamalkan dalam kepimpinan Barisan Nasional (BN),” kata Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.
Beliau berkata, perubahan tidak akan dapat diselaraskan melainkan mereka berhubung antara satu sama lain tanpa mengira bangsa, agama dan keazaman untuk bergerak secara sehala.
“Kita tidak dapat bekerja dengan konsep 50 tahun dahulu tetapi kita perlu berubah seperti kepimpinan dalam BN yang mementingkan kemajuan dan pembangunan. Ini terbukti menguntungkan pada masa lepas dan diteruskan sehingga kini,” ujarnya pada Majlis Ramah-tamah Aidilfitri Bahagian Limbang 2012 malam kelmarin.
Turut hadir ialah isteri Taib, Puan Sri Ragad Kurdi Taib; Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN)Datuk Amar Mohd Asfia Awang Nassar, Menteri Perumahan Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg, Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar Kedua Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, isteri Awang Tengah, Datuk Morliah Datuk Awang Daud; Menteri Kewangan Kedua Dato Sri Wong Soon Koh, menteri-menteri muda, Ahli Parlimen Limbang Hasbi Habibollah, Ahli Parlimen Lawas Datuk Henry Sum Agung, ADUN Bukit Kota Dr Abdul Rahman Ismail dan jemputan lain.
Taib berkata kepimpinan yang menguntungkan ini wajar diterus dan dikekalkan bagi memastikan Wawasan 2020 tercapai.
“Selain kepimpinan BN yang sentiasa melakukan perubahan untuk kemajuan, Wawasan 2020 tidak akan tercapai.
“Ini kerana BN bergerak dengan pemikiran dan perubahan baharu yang ternyata membawa keuntungan untuk rakyat,” jelas Taib.
Menyentuh mengenai Aidilfitri, katanya, ia merupakan perayaan yang dirai untuk merapatkan hubungan rakyat berbilang kaum serta memahami bentuk pemikiran semua rakyat di Malaysia.
“Selain Aidilfitri, Tahun Baharu Cina, Gawai Dayak dan perayaan lain wajar dijadikan landasan untuk mempertahankan perpaduan sedia ada.
“Keadaan ini berbeza sebelum merdeka apabila orang Cina kurang bergaul dengan Melayu semasa Hari Raya,” jelasnya.
Oleh itu, tegas Taib, keriangan dan temasya sedemikian harus dimanfaatkan sebaiknya untuk merapatkan hubungan dan persefahaman.
Beliau menarik perhatian mengenai hubungan antara ibu bapa dan anak-anak yang kurang perefahaman juga akan menimbulkan masalah apabila ibu bapa tidak memahami anak-anak mereka.
“Ibu bapa perlu tahu pemikiran baharu anak-anak, apabila mereka tidak dapat memahami permintaan tinggi anak-anak maka akan timbullah masalah.
“Begitu juga dengan kaum-kaum yang lain, kita perlu mendalami bentuk pemikiran semua,” jelasnya.
Katanya lagi temasya dan perayaan tersebut perlu terus dipelihara sebagai landasan kepada mereka untuk berkomunikasi sekali gus mewujudkan masyarakat yang maju dan stabil.

SCORE tumpu makanan

LIMBANG: Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE) melalui konsep hab halal akan menumpukan kepada pengeluaran makanan dan pemodenan pertanian secara meluas sebagai persediaan menangani krisis bekalan makanan yang dihadapi di seluruh dunia.
Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud berkata, SCORE akan mengaplikasikan pengetahuan dan bioteknologi moden untuk pengeluaran makanan halal yang kini diamalkan
di Malaysia. Beliau berkata, kerajaan negeri melalui SCORE turut menyusun dasar baharu untuk memberi kesedaran kepada rakyat agar melibatkan diri secara agresif dalam industri pemodenan pertanian bagi mengeluarkan hasil makanan bermutu tinggi.
“Rakyat biasa yang terdiri daripada petani, penternak dan nelayan perlu diberi kesedaran untuk menceburkan diri dalam bidang pengeluaran makanan pertanian di bawah SCORE yang giat mempertingkatkan pembangunan ekonomi negeri,” ujarnya pada Hari Peladang Penternak dan Nelayan Peringkat Negeri di Dataran Jubli Emas di sini, semalam.
Turut hadir ialah isteri Taib, Puan Sri Ragad Kurdi Taib; Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu, isteri Jabu, Dato Sri Empiang Jabu; Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Datuk Amar Mohd Asfia Awang Nassar, Menteri Perumahan Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg, Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar Kedua Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Menteri Kewangan Kedua Dato Sri Wong Soon Koh, Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Perhubungan Dato Sri Michael Manyin, menteri-menteri muda dan jemputan lain.
Taib berkata, SCORE juga menjana peluang pelaburan dalam bidang pertanian melibatkan aktiviti akuakultur, ternakan ayam daging besar-besaran, perladangan kelapa sawit, pengeluaran makanan dan produk asas tani dan hab pengeluaran makanan halal di Tanjung Manis.
Katanya peladang, penternak dan nelayan perlu merebut peluang yang disediakan dengan melibatkan diri secara agresif dalam bidang pertanian komersil khususnya yang tinggal di kawasan SCORE. Menurut Taib lagi, selain Tanjung Manis, kerajaan negeri akan membangunkan pusat pemprosesan makanan di Sarikei dan kawasan berdekatan bagi memastikan pengeluaran makanan dapat dipertingkatkan.
“Kita pasti dengan adanya SCORE ini, bekalan makanan tidak akan tergendala khususnya di Malaysia sebagai persediaan pada masa depan seperti yang dihadapi di negara- negara lain.
“Beberapa negara di dunia terpaksa bekerjasama dan melaksanakan Program Keselamatan Makanan bagi menangani krisis makanan yang berlaku akibat perubahan zaman dan cuaca yang melanda sekarang,” jelas beliau.
Selain itu, katanya, kekurangan tenaga di dunia menyebabkan mereka mengalami kesukaran untuk menjalankan ekonomi dunia.
“Banyak sumber makanan seperti kacang soya terpaksa dijadikan sumber untuk pengeluaran bahan api yang menyebabkan harga sumber makanan meningkat selain mengurangkan bekalan sumber makanan utama.
“Oleh sebab itu, SCORE menumpukan kepada pengeluaran makanan bagi memastikan bekalan makanan sentiasa mencukupi dan bertambah,” tambahnya.
Menyentuh mengenai HPPN, Taib berkata, ia sejajar dengan usaha kerajaan negeri untuk memodenkan petani, penternak dan nelayan yang bergerak seiring dasar ekonomi negara.
“Jika 30 tahun lalu, golongan rakyat biasa (petani, penternak dan nelayan) masih teraba-raba untuk mencari jalan bagi meningkatkan kehidupan yang agak susah. “Mereka tidak ada kuasa untuk menentukan dan menggunakan pasaran yang ada dan menggunakan teknologi dalam bidang pertanian,” katanya.
Jelas Taib, HPPN menyedarkan rakyat yang terlibat dalam industri pertanian agar kerja dapat dipertingkatkan melalui idea baharu dan kualiti yang lebih baik.
“Transformasi ini tidak dapat dilakukan secara berseorangan melainkan kerjasama dengan agensi yang terlibat agar petani, penternak dan nelayan mempunyai keazaman yang kukuh untuk berjaya,” katanya.
Beliau memberitahu lagi, rakyat perlu menyedari kekuatan apabila mereka bersatu bagi mencapai kejayaan yang masih belum lagi tercapai.
“Jadikan kejayaan sebelum ini sebagai pendorong mereka lebih berusaha untuk berjaya,” katanya.

August 19, 2012

Pastikan negara aman, selamat

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam mengajak rakyat dan umat Islam di negara ini untuk memastikan negara ini kekal aman dan selamat serta menginsafi bahawa kesejahteraan dan keselamatan yang dinikmati hari ini ‘bukanlah datang secara bergolek’.
Dalam perutusan Hari Raya Aidilfitri beliau, Najib berkata kerajaan menyedari bahawa sebuah Malaysia maju perlulah juga sebuah Malaysia yang selamat dan sejahtera.
“Kita mahukan sebuah Malaysia yang aman daripada ancaman luar dan dalaman, di mana kawasan kejiranan dan jalan-jalannya bebas daripada jenayah.
“Sebuah negara di mana rakyatnya berasa aman dan selamat. Kesimpulannya, sebuah negara yang terbaik untuk membesarkan anak-anak Malaysia,” katanya.
Bagi memastikan kesejahteraan dan keselamatan, Perdana Menteri berkata ia memerlukan pendekatan yang bersepadu serta rakyat Malaysia yang lebih prihatin dan peduli kepada keluarga, jiran-jiran, rakan-rakan dan KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam mengajak rakyat dan umat Islam di negara ini untuk memastikan negara ini kekal aman dan selamat serta menginsafi bahawa kesejahteraan dan keselamatan yang dinikmati hari ini ‘bukanlah datang secara bergolek’.
Dalam perutusan Hari Raya Aidilfitri beliau, Najib berkata kerajaan menyedari bahawa sebuah Malaysia maju perlulah juga sebuah Malaysia yang selamat dan sejahtera.
“Kita mahukan sebuah Malaysia yang aman daripada ancaman luar dan dalaman, di mana kawasan kejiranan dan jalan-jalannya bebas daripada jenayah.
“Sebuah negara di mana rakyatnya berasa aman dan selamat. Kesimpulannya, sebuah negara yang terbaik untuk membesarkan anak-anak Malaysia,” katanya.
Bagi memastikan kesejahteraan dan keselamatan, Perdana Menteri berkata ia memerlukan pendekatan yang bersepadu serta rakyat Malaysia yang lebih prihatin dan peduli kepada keluarga, jiran-jiran, rakan-rakan dan

Had laju Jalan Pan Borneo dikurangkan kepada 80 km/j

KUCHING: Pengguna Jalan Pan Borneo diingatkan bahawa had kelajuan telah dikurangkan kepada 80 kilometer sejam (km/j) daripada 90 km/j sepanjang musim perayaan ini.
Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) Rano Alwino Akat (gambar) berkata had kelajuan tersebut dikuatkuasakan untuk semua jenis kenderaan bermula setiap tujuh hari sebelum hari perayaan dan berakhir tujuh hari selepas hari perayaan.
Menurutnya, perkara tersebut adalah antara usaha untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya terutama di laluan tersebut berikutan meningkatnya bilangan pengguna sepanjang musim perayaan ini.
“Untuk makluman, had kelajuan di sepanjang Jalan Pan Borneo dikurangkan daripada 90 km/j kepada 80 km/j sepanjang musim perayaan ini ekoran meningkatnya jumlah pengguna pada musim perayaan ini.
“Justeru mana-mana pengguna jalan raya yang didapati melanggar had laju tersebut boleh diambil tindakan,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media sempena Sarawak perbanyak sekolah teknikalKempen Keselamatan Jalan Raya di Terminal Pengangkutan Awam Kuching Sentral malam kelmarin.
Menurut Rano,bagi penumpang kenderaan pengangkutan awam, mereka berhak menasihati pemandu untuk mematuhi had laju dan jumlah maksimum penumpang.
“Jika mereka (pemandu) masih ingkar, penumpang boleh mengemukakan aduan kepada JPJ atau Lembaga Pelesenan Kenderaan Pengangkutan” katanya.
Selain itu, Rano turut memohon jasa baik semua syarikat kenderaan berat agar mengurangkan operasi harian sepanjang musim perayaan ini.
“Jika boleh, kita memohon agar kenderaan berat dapat dikurangkan operasinya sepanjang musim perayaan ini demi memudahkan pergerakan kenderaan pengangkutan lain,”katanya.
Sementara itu, Rano dalam sidang media tersebut turut menasihati pengguna jalan raya agar mematuhi jumlah maksimum di dalam sesuatu kenderaan.
“Sebagai contoh ialah kereta
Perodua Kancil… Kancil hanya boleh memuatkan sehingga empat penumpang sahaja dan jika ia melebihi jumlah tersebut, potensi terlibat dalam kemalangan adalah tinggi,”katanya

Read more: http://www.theborneopost.com/2012/08/19/had-laju-jalan-pan-borneo-dikurangkan-kepada-80-kmj/#ixzz240TzbBxP

August 5, 2012

Kumpulan Sokongan Wanita untuk promosi penyusuan ibu ditubuhkan

SIBU: Pendekatan secara holistik menerusi penubuhan Kumpulan Sokongan Wanita di Sibu yang pertama diwujudkan di negeri ini dapat menyediakan perkhidmatan sukarelawan dan sistem sokongan yang terbaik dalam mempromosikan faedah penyusuan susu ibu.
Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga Datuk Fatimah Abdullah berkata, usaha Kumpulan Sokongan Wanita dapat membantu ke arah pembinaan satu komuniti yang berlandaskan keprihatinan terhadap sistem sokongan kepada ibu-ibu yang menyusukan anak-anak mereka.
“Keahlian Kumpulan Sokongan Wanita ini terdiri daripada 19 sukarelawan wanita dari pelbagai etnik dan latar belakang sosial. Tugas utama mereka adalah memberi sokongan melalui panggilan telefon kepada ibu-ibu menyusu yang mempunyai isu mengenai penyusuan susu ibu,” jelasnya.
Fatimah berkata demikian ketika menyempurnakan Seminar dan Majlis Pelancaran Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia 2012 Peringkat Bahagian Sibu anjuran Hospital Sibu dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Bahagian Sibu di Kolej Kejururawatan Sibu, semalam.
Menyentuh mengenai faedah penyusuan susu ibu, Fatimah memberitahu, susu ibu adalah makanan terbaik bagi bayi dan memberikan segala keperluan nutrisi, bersih dan bebas daripada kuman serta tersedia pada suhu yang sesuai dan mudah dihadam.
“Bayi yang disusukan dengan susu ibu tidak memerlukan makanan tambahan sehingga enam bulan pertama hayatnya. Selain itu, bayi yang disusukan juga mempunyai sistem ketahanan yang lebih baik dan melindungi mereka daripada jangkitan yang serius seperti pneumonia dan cirit-birit,” ujar beliau.
Tambah beliau, pakar pediatrik juga percaya bahawa kanak-kanak yang diberi susu ibu adalah lebih matang dari segi perkembangan dan kesihatan mental, yang mana ia mampu meningkatkan daya upaya seseorang kanak-kanak dalam pembelajarannya.
“Sehubungan itu, pakar-pakar di seluruh dunia telah mencadangkan semua kanak-kanak diberi susu secara eksklusif selama enam bulan selepas dilahirkan, dan meneruskan sekurang-kurangnya sehingga dua tahun,” jelasnya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dalat.
Bagi wanita bekerja, Fatimah berkata, adalah menjadi satu cabaran besar bagi mereka untuk meneruskan penyusuan secara eksklusif untuk tempoh enam bulan, kecuali di tempat kerja mereka ada kemudahan pusat penjagaan kanak-kanak di tempat kerja.
“Kita akan memulakan usaha menubuhkan pusat penjagaan kanak-kanak di bawah Kementerian Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga iaitu di Wisma Biro Wanita dan Jabatan Kebajikan Masyarakat, di samping penubuhan enam taska komuniti di seluruh negeri ini menjelang hujung tahun ini,” katanya lagi.
Fatimah turut mengucapkan tahniah dan syabas kepada Pengarah Hospital Sibu Dr Audrey Gapoh dan warga kakitangan atas pencapaian telah diakreditasi semula sebagai Hospital Rakan Bayi sebanyak empat kali berturut-turut.
“Untuk memberikan setiap bayi permulaan hidup yang terbaik dengan menyediakan fasiliti penjagaan kesihatan, Inisiatif Hospital Rakan Bayi, sesuatu inisiatif global yang telah diasaskan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan United Nation Children’s Fund (UNICEF), diperkenalkan 20 tahun yang lalu.
“Di Malaysia, Inisiatif Hospital Rakan Bayi diperkenalkan pada tahun 1992 bertujuan untuk menggalakkan semua hospital dan pusat bersedia melaksanakan 10 langkah ke arah penyusuan susu ibu yang berjaya.
“Kesemua hospital kerajaan dan beberapa hospital swasta telah diiktiraf sebagai Hospital Rakan Bayi. Semua hospital ini diwajibkan untuk menjalani penilaian semula setiap tiga tahun sekali bagi memastikan hospital dan staf-staf kesihatan menyediakan sokongan sepenuhnya bagi ibu dan bayi untuk memulakan penyusuan susu ibu,” jelasnya.
Hadir sama ialah Pakar Pediatrik Hospital Sibu Dr Toh Teck Hock, pengerusi pengelola seminar Dayang Normaliza Awang Tambi dan Penghulu Dayang Fatiyah

Read more: http://www.theborneopost.com/2012/08/05/kumpulan-sokongan-wanita-untuk-promosi-penyusuan-ibu-ditubuhkan/#ixzz22e5Qe8Ng

Wong Judat wajar tarik balik hasrat cabar Salang: Masing

KUCHING: Wong Judat dari Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) wajar menarik balik hasrat bertanding di Parlimen Julau sejajar dengan pendiriannya tidak menerus-kan hasrat untuk keluar parti meskipun sebelum ini beliau mengumumkan akan berbuat demikian.
Presiden Parti Rakyat Sara-wak (PRS) Tan Sri Dr James Masing berkata, Majlis Ter-tinggi PRS memandang serius pendirian yang diulangi oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meluan itu mene-rusi akhbar baru-baru ini.
“Dia (Wong) keluar masuk SPDP itu bukan hal kita (PRS), tetapi dia masih mahu menentang (Ahli Parlimen Julau Datuk Joseph) Salang di Julau, itu kita ambil serius,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Tertinggi PRS di sini, semalam.
Wong sebelum ini berulang kali menyatakan pendirian ingin menentang Salang atas alasan penyandang kerusi ter-babit gagal membawa pembangunan di kawasan Parlimen berkenaan yang turut merangkumi DUN Meluan.
Susulan itu, beliau dilaporkan akan keluar dari SPDP untuk menentang Salang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) kelak.
Masing yang juga Menteri Kemajuan Tanah berkata, susulan pendirian kekal Wong itu, beliau akan berbincang dengan pemimpin Barisan Nasional (BN) di peringkat negeri dan pusat.
Pertembungan antara dua calon BN dalam pilihan raya adalah sesuatu yang mustahil, katanya.
“Kesan buruk tidak membabitkan Salang sangat, tetapi ia akan membabitkan prinsip BN secara keseluruhan (ke-rana gagal mencapai kerja-sama antara parti komponen),” katanya.
Beliau turut menolak syor yang diusulkan pihak ter- tentu agar PRS dan SPDP bertukar kerusi Parlimen sebagai satu cara penyelesaian ke- melut itu.
“Kami tidak berminat dalam pertukaran kerusi dan tidak mahu dengar cadangan pihak luar,” tegas beliau.
Mengenai senarai calon berpotensi daripada PRS, Masing yakin nama-nama tersebut akan dipersetujui Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
”Kita telah mengemukakan senarai bakal calon dan keputusan terletak di tangan PM,” katanya.
Mengulas mengenai Ahli Parlimen Hulu Rajang Datuk Billy Abit Joo yang dikatakan masih berharap untuk dicalonkan semula, Masing berkata beliau telah membuat keputusan untuk menggantikan beliau dengan calon baharu Wilson Ugak Kumbong.
Harapan itu digambarkan dengan menghadiri dan merasmikan majlis-majlis di kawasannya.
Bagaimanapun, Masing berkata, Billy masih merupakan wakil rakyat selagi Dewan Rakyat belum dibubarkan.
“Dia bergerak atas kapasiti sebagai Ahli Parlimen Hulu Rajang, dia melakukan tugasnya,” katanya.