LIMBANG: “Rakyat perlu melakukan perubahan cara hidup dan pemikiran
baharu serta memberi keuntungan seperti yang diamalkan dalam kepimpinan
Barisan Nasional (BN),” kata Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.
Beliau
berkata, perubahan tidak akan dapat diselaraskan melainkan mereka
berhubung antara satu sama lain tanpa mengira bangsa, agama dan keazaman
untuk bergerak secara sehala.
“Kita tidak dapat bekerja dengan
konsep 50 tahun dahulu tetapi kita perlu berubah seperti kepimpinan
dalam BN yang mementingkan kemajuan dan pembangunan. Ini terbukti
menguntungkan pada masa lepas dan diteruskan sehingga kini,” ujarnya
pada Majlis Ramah-tamah Aidilfitri Bahagian Limbang 2012 malam kelmarin.
Turut
hadir ialah isteri Taib, Puan Sri Ragad Kurdi Taib; Speaker Dewan
Undangan Negeri (DUN)Datuk Amar Mohd Asfia Awang Nassar, Menteri
Perumahan Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg, Menteri Perancangan
Sumber dan Alam Sekitar Kedua Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, isteri
Awang Tengah, Datuk Morliah Datuk Awang Daud; Menteri Kewangan Kedua
Dato Sri Wong Soon Koh, menteri-menteri muda, Ahli Parlimen Limbang
Hasbi Habibollah, Ahli Parlimen Lawas Datuk Henry Sum Agung, ADUN Bukit
Kota Dr Abdul Rahman Ismail dan jemputan lain.
Taib berkata kepimpinan yang menguntungkan ini wajar diterus dan dikekalkan bagi memastikan Wawasan 2020 tercapai.
“Selain kepimpinan BN yang sentiasa melakukan perubahan untuk kemajuan, Wawasan 2020 tidak akan tercapai.
“Ini kerana BN bergerak dengan pemikiran dan perubahan baharu yang ternyata membawa keuntungan untuk rakyat,” jelas Taib.
Menyentuh
mengenai Aidilfitri, katanya, ia merupakan perayaan yang dirai untuk
merapatkan hubungan rakyat berbilang kaum serta memahami bentuk
pemikiran semua rakyat di Malaysia.
“Selain Aidilfitri, Tahun
Baharu Cina, Gawai Dayak dan perayaan lain wajar dijadikan landasan
untuk mempertahankan perpaduan sedia ada.
“Keadaan ini berbeza sebelum merdeka apabila orang Cina kurang bergaul dengan Melayu semasa Hari Raya,” jelasnya.
Oleh itu, tegas Taib, keriangan dan temasya sedemikian harus dimanfaatkan sebaiknya untuk merapatkan hubungan dan persefahaman.
Beliau
menarik perhatian mengenai hubungan antara ibu bapa dan anak-anak yang
kurang perefahaman juga akan menimbulkan masalah apabila ibu bapa tidak
memahami anak-anak mereka.
“Ibu bapa perlu tahu pemikiran baharu
anak-anak, apabila mereka tidak dapat memahami permintaan tinggi
anak-anak maka akan timbullah masalah.
“Begitu juga dengan kaum-kaum yang lain, kita perlu mendalami bentuk pemikiran semua,” jelasnya.
Katanya
lagi temasya dan perayaan tersebut perlu terus dipelihara sebagai
landasan kepada mereka untuk berkomunikasi sekali gus mewujudkan
masyarakat yang maju dan stabil.
Nelayan Berjaya Naikkan Ikan Pari Seberat 250 Kilogram
-
MIRI: Seorang nelayan dari Kuala Sibuti dekat sini, terkejut apabila pukat
yang dinaikkannya bukan hanya mengaut ikan biasa malah seekor ikan pari
gerga...
5 years ago
No comments:
Post a Comment