KUCHING: Wong Judat dari Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP)
wajar menarik balik hasrat bertanding di Parlimen Julau sejajar dengan
pendiriannya tidak menerus-kan hasrat untuk keluar parti meskipun
sebelum ini beliau mengumumkan akan berbuat demikian.
Presiden
Parti Rakyat Sara-wak (PRS) Tan Sri Dr James Masing berkata, Majlis
Ter-tinggi PRS memandang serius pendirian yang diulangi oleh Ahli Dewan
Undangan Negeri (ADUN) Meluan itu mene-rusi akhbar baru-baru ini.
“Dia
(Wong) keluar masuk SPDP itu bukan hal kita (PRS), tetapi dia masih
mahu menentang (Ahli Parlimen Julau Datuk Joseph) Salang di Julau, itu
kita ambil serius,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat Majlis
Tertinggi PRS di sini, semalam.
Wong sebelum ini berulang kali
menyatakan pendirian ingin menentang Salang atas alasan penyandang
kerusi ter-babit gagal membawa pembangunan di kawasan Parlimen berkenaan
yang turut merangkumi DUN Meluan.
Susulan itu, beliau dilaporkan akan keluar dari SPDP untuk menentang Salang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) kelak.
Masing
yang juga Menteri Kemajuan Tanah berkata, susulan pendirian kekal Wong
itu, beliau akan berbincang dengan pemimpin Barisan Nasional (BN) di
peringkat negeri dan pusat.
Pertembungan antara dua calon BN dalam pilihan raya adalah sesuatu yang mustahil, katanya.
“Kesan
buruk tidak membabitkan Salang sangat, tetapi ia akan membabitkan
prinsip BN secara keseluruhan (ke-rana gagal mencapai kerja-sama antara
parti komponen),” katanya.
Beliau turut menolak syor yang
diusulkan pihak ter- tentu agar PRS dan SPDP bertukar kerusi Parlimen
sebagai satu cara penyelesaian ke- melut itu.
“Kami tidak berminat dalam pertukaran kerusi dan tidak mahu dengar cadangan pihak luar,” tegas beliau.
Mengenai
senarai calon berpotensi daripada PRS, Masing yakin nama-nama tersebut
akan dipersetujui Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
”Kita telah mengemukakan senarai bakal calon dan keputusan terletak di tangan PM,” katanya.
Mengulas
mengenai Ahli Parlimen Hulu Rajang Datuk Billy Abit Joo yang dikatakan
masih berharap untuk dicalonkan semula, Masing berkata beliau telah
membuat keputusan untuk menggantikan beliau dengan calon baharu Wilson
Ugak Kumbong.
Harapan itu digambarkan dengan menghadiri dan merasmikan majlis-majlis di kawasannya.
Bagaimanapun, Masing berkata, Billy masih merupakan wakil rakyat selagi Dewan Rakyat belum dibubarkan.
“Dia bergerak atas kapasiti sebagai Ahli Parlimen Hulu Rajang, dia melakukan tugasnya,” katanya.
Nelayan Berjaya Naikkan Ikan Pari Seberat 250 Kilogram
-
MIRI: Seorang nelayan dari Kuala Sibuti dekat sini, terkejut apabila pukat
yang dinaikkannya bukan hanya mengaut ikan biasa malah seekor ikan pari
gerga...
5 years ago
No comments:
Post a Comment