KUCHING: Korea Selatan menganggap Sarawak sebagai negeri yang
berpotensi membangun dengan pesat dalam pelbagai sektor yang bakal
memberi manfaat kepada ke-dua-dua belah pihak.
Justeru, semalam
delegasi Majlis Daerah Guro, Korea Selatan mengadakan kunjungan
persahabatan ke pejabat Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuching Selatan
(MBKS) James Chan bagi menggalakkan persefahaman dan per-sahabatan
kedua-dua bandar.
Delegasi berkenaan diketuai Pengerusinya Hwang Kyu Bok dan Timbalan Pengerusi Park Jong Hyun.
Dalam
pertemuan itu, kedua-duanya bersetuju untuk menjalinkan hubungan rapat
dan saling bertukar pendapat dan buah fikiran dalam pembangunan yang
menjurus kepada pendidikan, teknologi dan pelancongan dua hala.
Terdapat
cadangan memorandum persefahaman yang diusulkan serta dipersetujui
kedua-dua belah pihak untuk melakukan usaha bersepadu berdasarkan
kesaksamaan dan faedah bersama selain mengukuhkan lagi hubungan mesra
dan kerjasama kedua-dua bandar secara aktif membangunkan hubungan bandar
mesra.
Kedua-dua pihak bersetuju untuk menjalankan kerja-sama
dalam bidang ekonomi, perdagangan, budaya, pendidikan sains dan
teknologi, pelancongan dan banyak lagi.
Di samping itu, kedua-dua
majlis akan menjaga hubung-an rapat untuk mengadakan rundingan mengenai
perkara-perkara kepentingan bersama antara kedua-dua pihak.
“Kami
amat gembira dan berbesar hati dengan lawatan pihak Majlis Daerah Goru
walaupun bencana taufan Bolaven melanda bandar anda, anda masih dapat
datang melawat kami di Kuching Selatan.
“Pertukaran buah fikiran
dengan pihak Majlis Daerah Guro akan membawa kepada pembangunan
kedua-dua bandar dan memberi manfaat kepada rakyat di kedua-dua belah
pihak juga,” kata Chan ketika mengalukan kedata-ngan delegasi sebelum
mengadakan pertemuan dengan Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud
semalam.
Beliau turut mengharapkan kedua-dua pihak akan
me-ngembangkan pertukaran dalam pelbagai bidang, tidak hanya budaya dan
pelancongan tetapi juga ekonomi dan pentadbiran bagi meningkatkan
kekuatan pentadbiran kedua-dua belah pihak.
Dalam satu kenyataan
yang diedarkan kepada media semalam, Hwang berkata daerah Guro terletak
di selatan wilayah Korea serta memainkan peranan penting dalam
pertumbuhan ekonomi Korea.
Daerah Goru membangun dengan pesat terutama dalam perindustrian teknologi canggih.
Ia merupakan sebuah bandar yang mendapat perhatian bukan sahaja dari Korea tetapi dari seluruh dunia.
“Kuching,
dengan semua potensi untuk dibangunkan pada masa dapan dan daerah Guro
yang mempunyai infrastruktur baik bagi industri digital berteknologi
tinggi, akan menjamin bahawa lawatan akan memberi kedua-dua bandar
manfaat terbaik.
Beliau turut menegaskan bahawa Kuching merupakan
sebuah bandar membangun dan ia akan berubah menjadi bandar industri
berteknologi tinggi selepas 30 tahun sebagaimana daerah Guro sekarang.
Read more: http://www.theborneopost.com/2012/08/30/korea-selatan-anggap-swak-negeri-berpotensi/#ixzz24zOFfWUZ
Nelayan Berjaya Naikkan Ikan Pari Seberat 250 Kilogram
-
MIRI: Seorang nelayan dari Kuala Sibuti dekat sini, terkejut apabila pukat
yang dinaikkannya bukan hanya mengaut ikan biasa malah seekor ikan pari
gerga...
5 years ago
No comments:
Post a Comment