KUCHING: Pengguna Jalan Pan Borneo diingatkan bahawa had kelajuan
telah dikurangkan kepada 80 kilometer sejam (km/j) daripada 90 km/j
sepanjang musim perayaan ini.
Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan
Raya (JKJR) Rano Alwino Akat (gambar) berkata had kelajuan tersebut
dikuatkuasakan untuk semua jenis kenderaan bermula setiap tujuh hari
sebelum hari perayaan dan berakhir tujuh hari selepas hari perayaan.
Menurutnya,
perkara tersebut adalah antara usaha untuk mengurangkan kadar
kemalangan jalan raya terutama di laluan tersebut berikutan meningkatnya
bilangan pengguna sepanjang musim perayaan ini.
“Untuk makluman,
had kelajuan di sepanjang Jalan Pan Borneo dikurangkan daripada 90 km/j
kepada 80 km/j sepanjang musim perayaan ini ekoran meningkatnya jumlah
pengguna pada musim perayaan ini.
“Justeru mana-mana pengguna jalan raya yang didapati melanggar had laju tersebut boleh diambil tindakan,” katanya.
Beliau
berkata demikian dalam sidang media sempena Sarawak perbanyak sekolah
teknikalKempen Keselamatan Jalan Raya di Terminal Pengangkutan Awam
Kuching Sentral malam kelmarin.
Menurut Rano,bagi penumpang
kenderaan pengangkutan awam, mereka berhak menasihati pemandu untuk
mematuhi had laju dan jumlah maksimum penumpang.
“Jika mereka
(pemandu) masih ingkar, penumpang boleh mengemukakan aduan kepada JPJ
atau Lembaga Pelesenan Kenderaan Pengangkutan” katanya.
Selain
itu, Rano turut memohon jasa baik semua syarikat kenderaan berat agar
mengurangkan operasi harian sepanjang musim perayaan ini.
“Jika
boleh, kita memohon agar kenderaan berat dapat dikurangkan operasinya
sepanjang musim perayaan ini demi memudahkan pergerakan kenderaan
pengangkutan lain,”katanya.
Sementara itu, Rano dalam sidang media
tersebut turut menasihati pengguna jalan raya agar mematuhi jumlah
maksimum di dalam sesuatu kenderaan.
“Sebagai contoh ialah kereta
Perodua Kancil… Kancil hanya boleh memuatkan sehingga empat penumpang
sahaja dan jika ia melebihi jumlah tersebut, potensi terlibat dalam
kemalangan adalah tinggi,”katanya
Read more: http://www.theborneopost.com/2012/08/19/had-laju-jalan-pan-borneo-dikurangkan-kepada-80-kmj/#ixzz240TzbBxP
Nelayan Berjaya Naikkan Ikan Pari Seberat 250 Kilogram
-
MIRI: Seorang nelayan dari Kuala Sibuti dekat sini, terkejut apabila pukat
yang dinaikkannya bukan hanya mengaut ikan biasa malah seekor ikan pari
gerga...
5 years ago
No comments:
Post a Comment