PUTRAJAYA 27 Feb. – Berita baik untuk rakyat! Kabinet hari ini menangguhkan keputusan untuk menaikkan kadar tol bagi lima lebuh raya seperti yang diumumkan semalam.
Kerajaan juga memberi jaminan kadar baru tol itu tidak akan dilaksanakan dalam jangka masa terdekat.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, penangguhan itu dibuat sehingga ke satu tempoh yang belum ditentukan lagi, bergantung pada kemampuan kerajaan.
“Keputusan untuk menangguh kenaikan kadar tol belum ditetapkan tempoh sehingga bila.
“Ia bergantung kepada kemampuan kita kerana dengan tidak menaikkan kadar tol, kerajaan terpaksa mengeluarkan perbelanjaan tambahan hampir setengah bilion ringgit. Ia merupakan wang pembayar cukai,” katanya yang juga Menteri Kewangan pada sidang akhbar di kementeriannya di sini hari ini.
Semalam, Menteri Kerja Raya, Datuk Ir. Mohd. Zin Mohamed mengumumkan kenaikan kadar tol antara 0.68 sen hingga 50 sen di lima lebuh raya berkuat kuasa 1 Mac ini.
Bagaimanapun, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang mengulas perkara itu di Thailand mahu keputusan tersebut dikaji semula kerana sekarang bukan masa yang sesuai untuk berbuat demikian.
Abdullah berada di Pattaya, Thailand bagi menghadiri Mesyuarat Menteri-menteri Pertahanan ASEAN.
Perdana Menteri menjelaskan, keputusan untuk menaikkan kadar tol di lima lebuh raya seperti yang diumumkan oleh Menteri Kerja Raya itu telah dibuat oleh Kabinet tiga minggu lalu.
Kenaikan di antara 0.68 sen hingga 50 sen itu selaras dengan terma perjanjian konsesi yang telah ditandatangani antara pihak kerajaan dengan pemegang konsesi lebuh raya tersebut.
Ia melibatkan Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS), Lebuh Raya Sistem Penyuraian Trafik Kuala Lumpur Barat (Sprint), Lebuh Raya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (Akleh), Lebuh Raya Sungai Besi (Besraya) dan Lebuh Raya Baru Pantai (NPE).
Sumber : Utusan Online
Nelayan Berjaya Naikkan Ikan Pari Seberat 250 Kilogram
-
MIRI: Seorang nelayan dari Kuala Sibuti dekat sini, terkejut apabila pukat
yang dinaikkannya bukan hanya mengaut ikan biasa malah seekor ikan pari
gerga...
5 years ago
No comments:
Post a Comment