February 7, 2009

Sambutan Tahun Baru Cina di SJK Nam Kiew, Nam Kiew, Sarikei

Sebanyak 600 orang rakyat kawasan Nam Kiew menghadiri Majlis Pemimpin Bersama Rakyat ini

YB Datuk David Teng Lung Chi, YB Ding Kuong Hiing dan Pemimpin Kawasan Nam Kiew telah mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada rakyat Nam Kiew
YB Datuk David Teng Lung Chi telah memberi amanah dengan penuh ikhlas kepada rakyat Nam Kiew
YB Ding Kuong Hiing telah memberi ucapan pada Majlis tersebut...


Walaupun hujan turun dengan lebat pada malam sambutan Tahun Baru Cina di Gelanggang Bola Keranjang, Nam Kiew, Sarikei tetapi masih terdapat banyak rakyat dari kawasan Nam Kiew yang turun untuk meraihkan sambutan Tahun Baru Cina bersama YB Datuk David Teng Lung Chi dan YB Ding Kuong Hiing. Sambutan Tahun Baru Cina kali ini agak istimewa kerana kedua-dua YB telah meluangkan masa emas mereka bercampur dengan rakyat kawasan Nam Kiew. YB Datuk David Teng Lung Chi telah mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengundi kawasan ini kerana pengundi di kawasan ini telah menyokongnya pada Pilihan Raya DUN Sarawak yang lalu. Oleh itu, diharapkan rakyat kawasan Nam Kiew dapat terus menyokong kerajaan BN agar lebih banyak pembangunan dapat dibawa kepada rakyat Nam Kiew. Majlis pada malam ini telah dibanjiri sebanyak 600 orang penduduk dari kawasan Nam Kiew.

No comments: