skip to main |
skip to sidebar
YB Datuk David Teng Lung Chi, Menteri Muda Industri Makanan dan Kerajaan Tempatan Negeri Sarawak Merangkap ADUN N.39 Repok dan YB Ding Kuong Hiing, Ahli Parlimen P.208 Sarikei bersama isterinya telah membuat kunjungan ke rumah James Lau keluarga untuk sambutan Tahun Baru Cina sempena menyambut kelahiran anak lelaki James Lau iaitu Karson Lau di kediamannya yang beralamat Batu 4, Jalan Repok, Sarikei. Kedua-dua YB telah ditemani oleh Pemimpin Parti SUPP Cawangan Sarikei. Tujuan kunjungan ini adalah untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara satu sama lain dan kedua-dua YB telah mengucapkan tahniah kepada keluarga James Lau dan Selamat Tahun Baru Cina.
No comments:
Post a Comment