Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas 4 Mac ini untuk menetapkan tarikh pilihanraya kecil bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Ai di Sarawak.
Menurut kenyataan SPR, Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof akan mengumumkan tarikh penamaan calon dan pengundian serta mengenai writ dan notis.
Kerusi tersebut kosong ekoran kematian penyandangnya, Datuk Dublin Unting Ingkot dari Barisan Nasional (BN) semalam, lapor Bernama.
Pagi ini, ibu pejabat SPR di Putrajaya telah menerima notis kekosongan kerusi tersebut yang dihantar melalui faks.
Notis tersebut ditandatangani oleh Speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak Datuk Seri Mohd Asfia Awang Nassar, lapor Bernama.
Unting, yang merupakan Menteri Muda Pertanian dan Menteri Muda Sukan Sarawak, meninggal dunia di Pusat Perubatan Pakar Normah di Kuching pada jam 1.25 pagi semalam akibat serangan angin ahmar yang dialaminya pada 22 Mei lalu.
Dalam pilihan raya negeri Mei 2006, beliau menewaskan Nicholas Bawin Anggat dari Parti Kebangsaan Sarawak (Snap) dengan majoriti 806 undi.
Sumber : Malaysiakini
No comments:
Post a Comment