February 9, 2009

Selamat Chap Goh Meh kepada semua masyarakat Cina yang menyambut hari yang amat bermakna ini


Hari ini merupakan Hari Chap Goh Meh iaitu Hari yang ke-15 selepas Tahun Baru Cina. Sambutan Hari Chap Goh Meh pada hari ini telah menandakan bahawa sambutan Tahun Baru Cina Lembu sudah berakhir. Pada hari ini, semua masyarakat cina akan balik rumah untuk makan besar bersama keluarga seperti sambutan Tahun Baru Cina ini. Hari ini amat bermakna kerana bulan pada malam ini agak bulat dan paling terang dalam masa 52 tahun ini jam 10:49 pm. Oleh itu, sesiapa yang ingin menengok bulan yang paling terang pada malam ini kenalah menunggu di depan langit ini. Tradisional Chap Goh Meh ini adalah turun temurum sehingga sekarang dan biasanya pada malam makan besar tersebut, masyarakat cina akan memainkan mercun yang menandakan bahawa Tahun Baru Cina telah berakhir.
Sebenarnya, terdapat maksud yang tersirat dengan Chap Goh Meh. Ini kerana hari ini juga merupakan "Velentine's Day" bagi masyarakat cina dan pada hari inilah mereka akan berjumpa dengan pasangan mereka. Dalam pada itu, pada malam Chap Goh Meh, masyarakat Cina yang beragama Buddha akan memainkan singa dan mengadakan perarakan mengelilingi bandar. Pada malam ini, Persatuan Buddha dari bahagian Sarikei akan mengadakan perarakan mengelilingi bandar Sarikei.Oleh itu, sesiapa yang berminat jangalah lupa untuk menunggu di pasar Sarikei pada jam 6 petang untuk melihat perarakan ini. Diharapkan Tahun Lembu ini akan membawa lebih tuah dan keamanam kepada Negara Malaysia.. Selamat Chap Goh Mei dari saya dan sekeluarga.....

No comments: