February 7, 2009

Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Gelanggang Bola Keranjang, Taman Susur Jambu, Sarikei sempena Tahun Baru Cina


Kaunselor Teng Ung Woo,Ketua Pemuda SUPP Cawangan Sarikei telah menyampaikan ucapan pada malam tersebut.

Gelanggang Bola Keranjang Taman Susur Jambu telah dibanjiri dengan ramai penduduk dari kawasan ini untuk Majlis Pemimpin Bersama Rakyat sempena Tahun Baru Cina


Ramainya orang yang meminta nombor cabutan bertuah sehingga ada perebutan nombor tiket berlaku.Para VIP yang hadir bersama YB ding Kuong Hiing (duduk tengah yang berbaju putih)

Kawasan Taman Susur Jambu pada tahun ini agak bertuah kerana terdapat satu Majlis Pemimpin Bersama telah diadakan di Gelanggang Bola Keranjang, Taman Susur Jambu, Sarikei sempena Tahun Baru Cina. Walaupun pada tahun ini YB Datuk David Teng Lung Chi tidak dapat hadir pada malam tersebut kerana ada mesyuarat yang penting di Kuching tetapi beliau tidak melupakan untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua penduduk Taman Susur Jambu. Pada malam tersebut Kaunselor Teng Ung Woo, Ketua Pemuda SUPP Cawangan Sarikei telah mewakili YB Datuk David Teng Lung Chi untuk ucapan pada malam tersebut. Dalam pada itu, majlis ini turut dimeriahkan dengan kehadiran YB Ding Kuong Hiing, Ahli Parlimen Sarikei.YB telah meluahkan rasa terima kasih kerana selama ini pengundi N.39 Repok telah banyak menyokongnya dalam Pilihan Raya Umum yang lalu. Majlis tersebut telah diiringi dengan aktiviti hiburan dan pemberian Ang Pao kepada kanak-kanak kawasan berkenaan. Ini telah mencerminkan bahawa kerajaan BN berapa prihatin kepada rakyatnya. Oleh itu, rakyat perlu terus menyokong kerajaan yang ada pada sekarang ini demi kesejahteraan dan kemakmuran Negara Malaysia.

No comments: