YB Ding Kuong Hiing, Ahli Parlimen P.208 Sarikei telah menyampaikan ucapan pada majlis tersebut dan rakyat di kawasan Sungai Baji telah mendengar amanat YB dengan penuh hati.
Semua para VIP yang hadir telah dijemput untuk memotong kek Tahun Baru Cina bersama YB Datuk David Teng Lung Chi dan YB Ding Kuong Hiing
YB Datuk David Teng Lung Chi dan YB Ding Kuong Hiing telah mengucapkan Gong Xi Fa Cai kepada semua para hadirin pada malam tersebut
Kedua-dua YB dan para pemimpin di Sungai Baji telah menyanyikan Lagu Tahun Baru Cina pada malam tersebut.
Semua rakyat sungai baji yang hadir pada majlis tersebut telah menjamu jamuan makan yang enak dihidangkan oleh pihak penganjur
SDC Zon Sungai Baji dan Kampung Seberang telah mengadakan Majlis Ramah tamah sempena Tahun Baru Cina di Comunity Hall, Kampung Seberang Sarikei. Dalam majlis pada malam tersebut, YB Datuk David Teng dan YB Ding Kuong Hiing amat berterima kasih kepada pengundi di kawasan Sungai Baji kerana selama ini mereka telah banyak menyokong kerajaan BN. Dalam pada itu, penduduk di kawasan ini perlulah bersyukur kerana tempat ini dahulu adalah kawasan tanah paya tetapi dengan usaha gigih yang dicurahkan oleh kerajaan telah membolehkan kawasan ini membangun dengan pesat. Semua kemudahan asas telah disediakan di kawasan ini. Kerajaan juga akan memberi golongan yang kurang berkemampuan berupaya memiliki rumah sendiri dengan skim kos rendah rumah. Oleh itu, diharapkan usaha dan pembangunan yang diberikan oleh kerajaan ini dapat memanfaatkan semua rakyat di kawasan Sungai Baji dan sokongan padu dari rakyat juga perlu ada untuk Pilihan Raya DUN Sarawak ke-10 nanti.
No comments:
Post a Comment