KUCHING: Bubur pedas dan bubur lambuk, makanan tradisi masyarakat Melayu khusus dalam bulan Ramadan berpotensi dikomersialkan sebagai makanan segera.
Menteri Perumahan dan Pembangunan Bandar Datuk Amar Abang Johari Tun Openg berkata melalui kaedah tersebut, makanan tradisi itu tidak akan hilang ditelan zaman.
“Kita mahu generasi akan datang tahu bubur pedas/lambuk, justeru melalui kaedah makanan segera ia akan dapat diperolehi setiap masa, berbanding sekarang kita hanya makan semasa bulan Ramadhan sahaja.
“Malah, dalam jangka masa panjang makanan tradisi ini diyakini mempunyai nilai yang tinggi,” katanya ber-ucap sempena Festival Bubur Pedas dan Bubur Lambuk Sarawak 2010, di Kampung Bintangor di sini semalam.
Selain itu, Johari turut menyarankan supaya bubur pedas/ lambuk dipromosikan kepada pelancong asing.
Katanya, kawasan Bintangor yang kini sedang dibangunkan dengan kemudahan tarikan pelancong amat bersesuai sebagai lokasi sajian bubur pedas/lambuk khusus kepada pelancong.
“Pembangunan yang di-bawa kerajaan di sini harus dimanfaatkan sebaiknya, di mana Kampung Bintangor ini akan menjadi tumpuan pelancong asing.
“Maka, dengan mengusahakan inap desa di sini, sajian bubur pedas/ lambuk adalah amat menarik kepada pelancong asing sekali gus menjadi sumber pendapatan penduduk setempat,” katanya.
Sehubungan itu, beliau menasihati penduduk Kampung Bintangor supaya terus menyokong pembangunan yang dibawa kerajaan demi kebaikan generasi akan datang.
Jelas beliau, dengan membangunkan sesebuah kawasan akan dapat meningkatkan nilai aset penduduk, khususnya rumah dan tanah.
Sementara itu, festival bubur pedas/ lambuk tersebut merupakan jerayawara anjuran Pertubuhan Kebangsaan Belia Bersatu Sarawak (Saberkas) Sarawak, Beras Nasional (Bernas) dan Kementerian Pertanian.
Kampung Bintangor, adalah lokasi yang ke 31, di mana jerayawara itu akan dilanjutkan sehingga ke 36 kawasan yang merangkumi seluruh negeri.
Sumber : Utusan Borneo
No comments:
Post a Comment