September 3, 2010

Penduduk Long Item terima set generator baru

MIRI: Penduduk di Long Item, Baram mendapat hadiah istimewa sempena Hari Merdeka ke-53 apabila mendapat set generator yang baru.

Dengan adanya set generator baru itu penduduk di kampung itu tidak lagi dibelenggu ketidakcukupan bekalan elektrik.

Penyerahan set generator itu disempurnakan oleh Pengurus Kem Interhill, Ting Tiing Hii yang memahami masalah sebenar penduduk Long Item.

Menurutnya, peningkatan pengguna kuasa elektrik di kampung berkenaan berikutan pertambahan penduduk dan bilang rumah di kampung itu.

“Kita percaya bahawa keperluan asas seperti bekalan elektrik merupakan salah satu daripada tanda-tanda peningkatan kualiti kehidupan,” kata Pengurus Komunikasi dan Korporat Interhill, Enki Pati.

Katanya, bagi memastikan kegiatan seharian penduduk di sini berjalan dengan lancar dan selesa, generator haruslah sentiasa dapat dijana dan pada masa sama semua penduduk dapat menikmati bekalan elektrik.

“Baru-baru ini kita turut menyumbangkan jubin kepada orang-orang kampung bagi kegunaan pembinaan rumah mereka supaya mereka dapat hidup dengan lebih selesa,” kata Enki lagi.

Segala bantuan daripada Interhill dan program seumpama menurut Enki merupakan projek komuniti syarikat tersebut.

Sumber : Utusan Borneo

No comments: