January 6, 2011

44,606 kanak-kanak memulakan alam persekolahan Tahun Satu di seluruh negeri

KUCHING: Dianggarkan seramai 44,606 kanak-kanak memulakan alam persekolahan formal dalam Tahun Satu di seluruh negeri, semalam.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Pelajaran Negeri, sebanyak 1,265 sekolah beroperasi semalam.

“Daripada jumlah tersebut, 1,040 adalah sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan (221) dan sekolah pendidikan khas (empat),” katanya.

Jumlah pendaftaran murid pendidikan rendah di negeri ini pada tahun ini pula ialah seramai 264,824 murid.

Seramai 192,934 murid adalah daripada sekolah kebangsaan dan 71,870 ialah murid sekolah jenis kebangsaan (Cina).

Sementara itu, sebanyak 184 sekolah menengah termasuh dua sekolah menengah kebangsaan (SMK) yang baru diluluskan oleh agensi pusat untuk beroperasi dalam tahun ini.

Sekolah tersebut adalah SMK Sadong Jaya, Samarahan dan SMK Julau No. 2.

Daripada 184 sekolah menengah tersebut, 162 merupakan SMK biasa, Sekolah Menengah Bestari (empat), SMK Agama (lapan), Sekolah Menengah Teknik/Vokasional (tujuh), Sekolah Berasrama Penuh (dua) dan Sekolah Seni Kebangsaan (satu).

Jumlah enrolmen pelajar bagi sekolah menengah biasa ialah 218,941 orang termasuk 844 pelajar kelas pendidikan khas.

“Seramai 3,875 pelajar akan memulakan persekolahan di Tingkatan Peralihan dan 44,970 di Tingkatan 1 (kelas biasa, 43,000; kelas rancangan khas, 210; kelas aliran agama, 210).”

“Manakala untuk Tingkatan Enam pula, sebanyak 287 kelas Tingkatan Enam Rendah (223 kelas jurusan Kemanusiaan dan 64 kelas jurusan Sains) akan dibuka di 84 sekolah pusat Tingkatan Enam di sekolah menengah harian/bestari di seluruh Sarawak yang akan menampung seramai 8,610 pelajar.

Bagi Tingkatan Enam Atas, seramai 6,620 orang murid iaitu 1,017 (15.4 peratus) murid jurusan Sains dan 5,603 (84.6 peeratus) dalam jurusan Kemanusiaan akan mendu-duki Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia pada penghujung tahun ini.

“Jumlah murid yang akan belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama ialah 5,206 orang, Sekolah Berasrama Penuh (948 orang) dan Sekolah Seni Kebangsaan (358 orang),” katanya.

No comments: