KOTA KINABALU, 28 Jan (Bernama) -- Kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Karnival Tahun Baru Cina 2011 di Lintasan Deasoka di sini malam ini membuktikan kesungguhan pemimpin kerajaan untuk dekat dengan rakyat berbilang kaum dan agama.
Datuk Bandar Dewan Bandaraya Kota Kinabalu Datuk Iliyas Ibrahim, yang juga pengerusi penganjur karnival, berkata kehadiran Najib bukan sahaja untuk merasmikan karnival empat hari itu bermula hari ini, tetapi juga merupakan kesempatan bagi beliau beramah mesra dengan rakyat walaupun dalam kesibukan kerjanya mentadbir negara.
"Kehadiran Perdana Menteri menambahkan lagi kemeriahan acara ini yang juga satu landasan dan bukti wujudnya keharmonian dan perpaduan yang baik di kalangan masyarakat di bandar raya ini," katanya pada karnival itu.
Selepas merasmikan karnival dengan memotong riben di Jalan Gaya berhampiran, Najib mengadakan tinjauan mesra dengan mengunjungi 300 gerai di sepanjang jalan berkenaan.
Turut sama ialah Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman, Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Seri Salleh Tun Said Keruak, Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Negeri Datuk Dr Yee Moh Chai, yang juga pengerusi bersama penganjuran karnival itu, timbalan-timbalan Ketua Menteri, anggota Kabinet dan ketua-ketua jabatan kerajaan Persekutuan dan Negeri serta pemimpin masyarakat.
-- BERNAMA
Ali Biju silap langkah, GPS tetap jadi pilihan
-
Keputusan Ali Biju yang tetap dengan pendiriannya tidak mahu ‘melompat’ ke
Parti Demokratik Progresif (PDP) sebelum ini dan berpegang serta bergantung
k...
2 years ago
No comments:
Post a Comment