Kejadian membabitkan penghuni dan kakitangan rumah anak yatim Hulu Langat
KUALA LUMPUR: Seramai 24 orang terdiri daripada anak yatim, warden dan ka-kitangan Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hida-yah Madrasah Al-Taqwa tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Hulu Langat dekat sini, semalam.
Setakat jam 7 malam tadi, tiga mayat kanak-kanak ber-usia 11 dan 14 tahun dikeluarkan dari runtuhan itu manakala tujuh lagi ditemui cedera termasuk seorang lelaki dewasa, kata polis.
Penghuni yang cedera ber-usia antara 11 dan 17 tahun manakala lelaki dewasa itu dipercayai pekerja di rumah anak yatim berkenaan.
Kesemua yang cedera dihantar ke Hospital Kajang untuk rawatan dan setakat ini keadaan mereka tidak diketahui, kata Ketua Polis Selangor Datuk Tun Hisan Tun Hamzah pada sidang akhbar di sini semalam.
Beliau berkata, rumah anak yatim yang terletak berhampiran bukit itu menempatkan 49 orang termasuk penghuni dan pekerja. Kesemua penghuni rumah itu adalah lelaki.
Ketika kejadian pada jam 2.30 petang kesemua penghuni rumah anak yatim itu berada di dewan serbaguna untuk persiapan satu majlis yang dijadual pada jam 5 petang semalam.
Runtuhan tanah dari bukit itu dikatakan menimbus dewan serba guna yang terletak di lereng bukit itu menyebabkan bangunan setingkat itu musnah sama sekali. Turut terkena runtuhan tanah itu ialah sebuah surau.
“Kami difahamkan berlaku dua kali tanah runtuh secara serentak dalam sekelip mata. Semua mereka yang berada dalam dewan itu tidak sempat menyelamatkan diri,” kata Tun Hisan pada sidang akhbar di tempat kejadian.
Beliau berkata, pasukan mencari dan menyelamat yang terdiri daripada Pasukan Bomba dan Penyelamat, polis dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) mengeluarkan mayat pertama pada jam 4.30 petang, diikuti mayat kedua setengah jam kemudian dan mayat ketiga dikeluarkan pada jam 6.10 petang.
Penolong Pesuruhjaya Bomba dan Penyelamat Putrajaya Morni Mamat berkata sehingga jam 7 malam tadi operasi mencari dan menyelamat diteruskan dalam keadaan hujan lebat. Sementara itu, di Alor Gajah, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masya-rakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil terkejut dan sedih sebaik dimaklumkan mengenai tragedi berkenaan.
“Saya baru dimaklumkan mengenai kejadian yang berlaku ke atas sebuah rumah anak yatim di Hulu Langat, satu kejadian yang amat menyayat hati. Saya difahamkan anak-anak yatim tersebut tertimbus dalam kejadian tanah runtuh itu,” katanya.
Shahrizat, yang juga Ketua Pergerakan Wanita UMNO berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Masjid Tanah.
Beliau mengarahkan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Skuad Sayang Pergerakan Wanita UMNO segera menghulurkan bantuan kepada kanak-ka-nak dan keluarga terbabit dalam kejadian tanah runtuh itu.
“Saya akan berhubung de-ngan pihak polis untuk mendapatkan laporan terperinci dan punca sebenar kejadian itu, dan bagaimana kementerian saya dapat membantu dan mengambil tindakan seterusnya,” katanya sambil meng-ucapkan takziah kepada ke-luarga mangsa.
Shahrizat berkata, pengusaha rumah kebajikan mestilah mematuhi undang-undang yang ditetapkan terutama daripada aspek keselamatan.
“Saya berharap rumah itu tidak dibina tanpa mendapat kelulusan pihak berkuasa,” katanya. — Bernama
No comments:
Post a Comment