July 10, 2011

Tahap penguasaan bahasa Inggeris graduan masa kini rendah

KUCHING: Presiden Kesatuan Guru Sarawak (STU) William Ghani Bina berkata, beliau agak kecewa dengan tahap penguasaan bahasa Inggeris yang rendah di kalangan graduan pada masa kini.

Ketika dihubungi semalam beliau, berkata dalam satu mesyuarat di Kuala Lumpur baru-baru ini, beliau dimaklumkan bahawa seorang graduan yang bekerja di sebuah bank terpaksa menghadiri kursus bahasa Inggeris selama tiga bulan.

Selain itu, bank tersebut juga terpaksa menaja pekerja tersebut untuk menghadiri kursus sembilan bulan yang mengkhusus tentang istilah perbankan dalam bahasa Inggeris.

Ia jelas menunjukkan tahap penguasaan bahasa Inggeris di kalangan graduan amat rendah dan memerlukan kerajaan mencari penyelesaian.

Ghani berharap kerajaan mengambil berat tentang betapa mustahaknya bahasa Inggeris pada era globalisasi.

“Ia perlu dilihat serius bahawa bahasa Inggeris adalah bahasa antarabangsa dan untuk kita bersaing di peringkat global, penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar kita amat penting,” katanya.

Beliau mengalu-alukan keputusan kerajaan mengambil semula guru bahasa Inggeris pencen untuk mengajar subjek tersebut

No comments: