Penolong Datuk Paduka Maharaja Lela, Azwan Effendy Zairakithnaini, berkata persiapan bagi istiadat yang akan berlangsung pada Selasa ini, dirancang sejak tiga bulan lalu.
Beliau berkata, lebih 700 tetamu kehormat akan hadir pada istiadat itu, antaranya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak; Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Besar dan kerabat-kerabat Diraja."Kad jemputan sudah diedarkan sejak dua bulan yang lalu dan raptai terakhir akan diadakan pada Ahad ini," katanya di sini.
Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-14; manakala Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V dipilih menjadi Timbalan Yang di-Pertuan Agong.
Ia adalah kali kedua Sultan Abdul Halim dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong selepas kali pertama pada 21 September 1970 untuk tempoh lima tahun, berakhir 20 September 1975.
Selain itu, tinjauan mendapati kawasan yang disediakan oleh pegawai istana untuk pengamal media juga memuaskan, di mana sebuah bilik media khas disediakan bagi membolehkan media membuat liputan dengan selesa.
Ruang khas bagi jurugambar dan jurukamera turut disediakan bagi memudahkan mereka mendapat gambaran dengan lebih jelas.
Istana Negara, Jalan Duta adalah tempat bersemayam Yang di-Pertuan Agong yang baru menggantikan Istana Negara di Jalan Istana. - BERNAMA

No comments:
Post a Comment