KOTA SAMARAHAN: Pencapaian terbaik para pelajar dalam akademik membuktikan bidang pendidikan negeri ini semakin meningkat.
Menteri
Muda di Pejabat Ketua Menteri, Datuk Mohd Naroden Majais berkata dengan
pencapaian terbaik pelajar itu sudah tentunya menjaminkan masa depan
yang lebih cemerlang dalam pembangunan pendidikan.
Beliau berkata,
pencapaian cemerlang bidang pendidikan itu juga membuktikan komitmen
tinggi kerajaan Barisan Nasional (BN) menjadikan pendidikan sebagai
agenda utama pembangunan negeri ini.
“Kita cukup bangga dengan
kejayaan pelajar-pelajar hari ini yang menunjukkan bahawa Sarawak telah
mencapai tahap pendidikan yang membanggakan,” katanya berucap pada
majlis Hadiah Pelajar Cemerlang Yayasan Sarawak 2012 di SMK Muara Tuang,
di sini semalam.
Mohd Naroden menarik perhatian kejayaan itu
adalah berkat usaha gigih dan kesungguhan para pelajar di samping
dorongan dan tunjuk ajar daripada kalangan ibu bapa dan guru-guru.
Justeru,
katanya, tanpa bantuan dan sokongan guru-guru dan ibu bapa, para
pelajar tidak mungkin akan mencapai kejayaan dalam pendidikan seperti
hari ini.
“Saya berharap para ibu bapa dan guru-guru akan terus
bekerjasama dalam memastikan kejayaan cemerlang anak-anak berterusan
demi masa depan mereka,” katanya.
Hadiah pelajar cemerlang dalam
pelbagai peperiksaan awam itu disumbangkan oleh Yayasan Sarawak yang
dianugerahkan kepada seramai 867 pelajar seluruh Bahagian Samarahan.
Hadir
sama Timbalan Pengarah Yayasan Sarawak, Mortadza Alop, Timbalan Residen
Bahagian Samarahan Abdullah Upang, Pegawai Daerah Samarahan Mohd Aini
Wahab, Pegawai Pelajaran Daerah Samarahan Mahli Rosli dan Pengetua SMK
Muara Tuang, Ali Akhbar.
Mohd Naroden yang juga Menteri Muda
Perancangan Sumber berkata, pencapaian cemerlang pelajar-pelajar dalam
akademik harus dimantapkan dengan sahsiah mulia serta jati diri yang
cemerlang.
Beliau menambah sesuatu kejayaan bukan datang bergolek,
sebaliknya kejayaan itu memanifestasikan kemantapan perancangan dalam
mengukuhkan kecemerlangan pendidikan.
“Saya percaya anak-anak yang
cemerlang akan terus memburu kecemerlangan mereka bagi memastikan dunia
pendidikan menjadi agenda utama dalam memajukan negeri ini,” katanya.
Nelayan Berjaya Naikkan Ikan Pari Seberat 250 Kilogram
-
MIRI: Seorang nelayan dari Kuala Sibuti dekat sini, terkejut apabila pukat
yang dinaikkannya bukan hanya mengaut ikan biasa malah seekor ikan pari
gerga...
5 years ago