KUCHING: Sarawak perlu membina lebih banyak jambatan besi pasang siap
(jambatan kompak) bagi mengurangkan kos perkhidmatan feri yang menelan
perbelanjaan RM40 juta setahun.
Menteri Pembangunan Infrastruktur
dan Perhubungan Dato Sri Michael Manyin berkata, terdapat banyak kawasan
pedalaman di negeri ini yang tidak dapat dihubungkan dengan sistem
jalan raya.
Justeru, katanya, sebagai menteri yang
bertanggungjawab dalam perkara itu, cara terbaik bagi menghubungkan
seluruh kawasan di negeri ini adalah dengan menyediakan jambatan kompak.
“Untuk
membina sebuah jambatan konkrit ia memerlukan perbelanjaan antara RM4
juta hingga RM5 juta berbanding dengan jambatan kompak di bawah Projek
Jiwa Murni ATM yang menelan kos dalam lingkungan RM1 juta.
“Bagaimanapun,
selepas 10 atau 20 tahun, kerajaan akan menggantikan semula jambatan
kompak sedia ada kepada jambatan konkrit mengikut peruntukan yang ada,”
katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis
perasmian bangunan pejabat baharu Perbadanan Urusan Kejuruteraan dan
Limbungan Brooke, Sejingkat di sini semalam.
Bagi mencapai sasaran
kerajaan untuk menghubungkan seluruh kawasan di negeri ini dengan jalan
raya dan jambatan menjelang tahun 2020, Manyin menggesa agar organisasi
seperti Limbungan Brooke terlibat dalam projek pembinaan jambatan.
“Saya
mencabar Limbungan Brooke untuk terlibat dalam kerja-kerja pembinaan
jambatan kompak di negeri ini seperti yang dilaksanakan oleh Angkatan
Tentera Malaysia (ATM) di bawah Projek Jiwa Murni.
“Jika Limbungan
Brooke dapat membina jambatan-jambatan ini bersama ATM saya yakin
seluruh kawasan Sarawak akan dapat dihubungkan menjelang tahun 2020,”
katanya.
Terdahulu dalam ucapannya, Manyin yang berbangga dengan
pencapaian Limbungan Brooke berharap organisasi itu akan terus
berkembang maju menjadi kebanggaan Sarawak serta Malaysia.
Katanya,
bertepatan dengan Program Transformasi Kerajaan, Limbungan Brooke turut
diharap berupaya meningkatkan produktiviti organisasi dan pekerja
masing-masing.
“Dalam usaha mencapai status negara maju dan
berpendapatan tinggi menjelang 2020, kadar pendapatan minimum rakyat
disasarkan pada RM4,000 sebulan, manakala pendapatan tahunan RM48,000
hingga RM50,000 setahun.
“Hari ini, kita mungkin hanya mampu
mencapai sekitar RM1,000 hingga RM2,000 sebulan dan saya berharap
menjelang 2020, Limbungan Brooke akan mampu untuk meningkatkan bilangan
pekerja daripada 400 orang kepada 4,000 orang dengan pendapatan yang
tinggi,” katanya.
Nelayan Berjaya Naikkan Ikan Pari Seberat 250 Kilogram
-
MIRI: Seorang nelayan dari Kuala Sibuti dekat sini, terkejut apabila pukat
yang dinaikkannya bukan hanya mengaut ikan biasa malah seekor ikan pari
gerga...
5 years ago
No comments:
Post a Comment