KUCHING: Guru, pendidik, pereka kurikulum dan pembuat keputusan perlu
memberi keutamaan dengan menggunakan teknologi dan inovasi terkini
dalam bilik darjah bagi membantu memberi motivasi kepada pelajar belajar
Bahasa Inggeris (BI).
Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Dr
Khair Mohamad Yusof berkata, para guru kini tidak lagi harus menggunakan
pendekatan yang sama seperti ketika dahulu memandangkan kini pelajar
atau generasi baharu merupakan individu yang arif dalam teknologi
terkini.
“Dari pemerhatian saya, kini tidak ada lagi generasi yang
hanya duduk pasif dan memberi perhatian kepada apa yang guru nyatakan
dan menulis di papan tulis. Mereka adalah generasi yang mindanya
diprogram oleh teknologi untuk aktif serta secara visual.
“Saya
percaya bahawa kita kini perlu memikirkan dengan serius tentang langkah
untuk mengajar pelajar supaya mampu menampung gaya dan sentuhan
pembelajaran visual mereka,” katanya berucap merasmikan Persidangan
Antarabangsa Persatuan Pengajaran Bahasa Inggeris Malaysia (MELTA) Ke-21
di sini, semalam.
Khair berkata, para guru juga perlu mengubah
sikap mereka yang sering kali sentiasa mengekalkan kaedah pembelajaran
tanpa pernah menukar gaya atau langkah dalam kerja mereka.
Beliau
berkata, ramai dalam kalangan individu sentiasa gembira dan kekal dengan
melakukan kerja itu tanpa mengubah cara-cara yang digunakan.
“Kita
sering kali bersikap ‘kita sentiasa melakukan kerja ini, ia berkesan
dan akan terus berkesan,’ bagaimanapun sikap sedemikian tidak meng-ambil
kira pelajar atau murid yang kita ajar.
“Apa yang kita telah
lakukan pada masa lalu, mungkin tidak sesuai untuk kita gunakan bersama
generasi muda masa kini dan sebab itu kita perlu meneliti pendekatan dan
kaedah baharu dalam mengajar,” tegasnya.
Khair percaya dengan
pelbagai perubahan teknologi komunikasi ini ia mampu memberi impak
kepada penggunaan bahasa termasuk BI, di mana teknologi baharu bermakna
perkataan baharu turut dibentuk.
Beliau dalam pada itu turut
menyeru kepada para pemikir dan pengamal Pendidikan BI berkumpul bersama
untuk berbincang, bertukar pendapat, berdebat serta berkongsi mengenai
kebimbangan, isu, masalah, penyelesaian dan cadangan bagi memartabatkan
Guru Pendidikan BI (ELT) ke tahap lebih tinggi.
Sementara itu,
Presiden MELTA Profesor Madya Dr Ganakumaran Subramaniam dalam ucapannya
berkata, MELTA berharap Kementerian Pelajaran akan mempertimbangkan
dengan serius bagi menghubungkan pakar ELT di Malaysia bersama
organisasi bagi tujuan intelektual, kepakaran serta sokongan.
“Ini
bagi memastikan perkembangan pertumbuhan berterusan dalam keupayaan dan
pengetahuan pendidikan negara melalui penyelidikan berterusan dalam
pengetahuan, pembangunan dan teknologi serta perkongsian strategik,”
tegas beliau.
Gunakumaran berkata, bagi memenuhi perminta-an
baharu, profesion ELT bukan sahaja perlu terus membangunkan pengetahuan
profesional, kemahiran serta penghakiman tetapi memperoleh, mengemaskini
dan mengasah kemahiran pedagogi (pedagogical) yang berkesan.
Persidangan
yang bertemakan ‘Reframing English Language Education: New Enviroments,
New Needs, New Solutions’ disertai kira-kira 350 orang peserta.
Nelayan Berjaya Naikkan Ikan Pari Seberat 250 Kilogram
-
MIRI: Seorang nelayan dari Kuala Sibuti dekat sini, terkejut apabila pukat
yang dinaikkannya bukan hanya mengaut ikan biasa malah seekor ikan pari
gerga...
5 years ago
No comments:
Post a Comment