MASWings harus timbang tambah kekerapan penerbangan semasa perayaan, pesta
MIRI:Penerbangan
Perkhidmatan Udara Luar Bandar (RAS) MASWings perlu mempertimbangkan
permohonan untuk menambah ke-kerapan penerbangan ke luar bandar terutama
menjelang musim perayaan dan pesta.
Menteri Pelancongan Datuk
Amar Abang Johari Tun Abang Openg berkata, penerbangan yang mencukupi
amat penting dalam usaha kerajaan mempromosikan sektor pelancongan di
luar bandar seperti tanah tinggi Bario, Ba’ Kelalan dan Taman Negara
Gunung Mulu.
“Justeru, kementerian akan bekerjasama dengan
Kementerian Pelancongan di peringkat persekutuan untuk membincang dan
meneliti perkara ini lebih lanjut,” katanya berucap merasmikan Jualan
Makanan bagi mengutip dana untuk Pesta Nukenen Bario 2012 di Dewan
Suarah Miri, semalam.
Buat masa ini, pesawat MASWings jenis Twin Otter DHC-6 yang membawa 19 penum-pang melakukan penerbangan sekali sehari ke Bario.
“Kita
berharap kekerapan ini dapat ditambah terutama semasa musim perayaan
atau pesta. Kita faham, penerbangan sekali dengan hanya membawa 19
penumpang adalah tidak memadai,” katanya.
Dalam pada itu, Abang
Johari berkata, kementerian turut bercadang mengadakan perbincangan
dengan Royal Brunei Airlines (RBA) dan MASWings untuk mewujudkan
kerjasama penyambungan penerbangan ke tiga kawasan utama pelancongan di
utara Sarawak iaitu Bario, Ba’ Kelalan dan Mulu.
“Kita boleh
memperkenalkan Pakej Tanah Tinggi dan melalui pakej ini, pelancong bukan
hanya dapat melihat tarikan di Brunei, namun me-reka dapat menyaksikan
ke-indahan dan hospitaliti yang ditawarkan di ketiga-tiga tempat
tersebut,” katanya.
Katanya, Mulu begitu ter-kenal dengan keunikan
gua dan batu kapur, manakala di Bario kawasan pergunungan yang cantik
dan telaga air panas Merarap di Ba’ Kelalan.
Mengenai penganjuran
Pesta Nukenen Bario 2012, Abang Johari memuji usaha Rurum Kelabit
Sarawak (RKS) yang terus komited menganjurkan acara tersebut sejak tujuh
tahun lalu.
Beliau turut menggesa penduduk Kelabit di Bario terus
mempelbagaikan produk serta kreatif bagi menambah nilai sektor
pelancongan di sana sekali gus memantapkan eko-nomi mereka.
Pada
majlis yang sama, Abang Johari mengumum- kan peruntukan sebanyak
RM15,000 dan RM5,000 lagi daripada Lembaga Pelancong-an Sarawak (STB)
untuk mengisi tabung dana bagi meng- anjurkan Pesta Nukenen Bario 2012.
Terdahulu,
pengerusi peng-anjur Pesta Nukenen Bario 2012, Esther Balan berkata,
mereka sukar untuk membawa pelancong terutama semasa musim perayaan dan
festival berikutan kekerapan penerbangan yang tidak mencukupi.
“Kami
sudah beberapa kali menulis surat kepada pihak re-levan bagi
menyelesaikan masalah ini, namun sehingga sekarang tiada penyelesaian.
Kami berharap, perkara ini dapat di-selesaikan,” katanya.
Sementara
itu, jualan amal semalam menyasarkan kutipan sebanyak RM40,000 dan akan
digunakan untuk membiayai Pesta Nukenen Bario 2012 yang diadakan di
Bario pada 26 hingga 28 Julai depan.
Hadir sama Menteri Muda
Pelancongan Datuk Talib Zulpilip, Ahli Dewan Unda-ngan Negeri (ADUN)
Se-mariang Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali, ADUN Telang Usan Dennis
Ngau, Datuk Bandar Miri Lawrence Lai, Setiausaha Politik ke-pada
Menteri Tenaga, Tek-nologi Hijau dan Air Datuk Sebastian Ting, Residen
Miri Antonio Kahti Galis, Presiden Rurum Kelabit Sarawak Gerawat Gala
dan pengerusi penganjur jualan amal Kaunselor Kijan Toynbee.
Ali Biju silap langkah, GPS tetap jadi pilihan
-
Keputusan Ali Biju yang tetap dengan pendiriannya tidak mahu ‘melompat’ ke
Parti Demokratik Progresif (PDP) sebelum ini dan berpegang serta bergantung
k...
2 years ago
No comments:
Post a Comment