July 7, 2012

TM bawa UniFi ke Sarawak pada Sept ini

MIRI: Telekom Malaysia Berhad (TM) akan membawa perkhidmatan UniFi ke Sarawak pada September tahun ini.
Pengurus Besar TM Sarawak, Abdul Rahim Mohd Ali berkata, perkhidmatan berkenaan akan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat.
“Pelaksanaan UniFi adalah bagi memenuhi permintaan terhadap jalur lebar berkelajuan tinggi yang kian meningkat dalam kalangan penduduk Sarawak,” katanya.
Tambahnya, jalur lebar berkelaju-an tinggi juga diperlukan selaras dengan gaya hidup digital yang serba moden.
“Dengan adanya UniFi, pelanggan boleh memilih jalur lebar yang mempunyai tahap kelajuan 5 Mbps, 10 Mbps dan 20 Mbps. Pelanggan boleh akses Internet dengan tahap kelajuan yang tinggi dan perkhidmatan telefon yang didatangkan dalam harga pakej yang berbeza,” katanya.
Tambah beliau, TM komited untuk memperluaskan penggunaan jalur lebar dalam kalangan rakyat Malaysia, pada masa yang sama mudah akses.
“Kita mahu menawarkan tahap kelajuan jalur lebar di negara ini se-taraf dengan negara moden seperti Singapura, Jepun dan Korea, namun pada harga yang rendah,” katanya.
UniFi merupakan perkhidmatan jalur lebar yang menggunakan optik fiber dan mempunyai kelajuan Internet yang tinggi selain menyediakan perkhidmatan telefon kepada pelanggan

Read more: http://www.theborneopost.com/2012/07/07/tm-bawa-unifi-ke-sarawak-pada-sept-ini/#ixzz1zwhqkBkY

No comments: