MIRI: Kerajaan memberi sokongan berterusan kepada ibu bapa dan guru
dalam usaha untuk meningkatkan kecemerlangan anak-anak dalam bidang
akademik dan kokurikulum.
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air,
Datuk Seri Peter Chin Fah Kui berkata, kerjasama di antara ibu bapa dan
guru-guru perlu diteruskan agar setiap masalah atau keperluan di
sekolah dapat diselesaikan.
“Kita bangga dengan usaha yang
ditunjukkan pihak Sekolah Kebangsaan (SK) Jalan Bintang dan ibu bapa
yang gigih berusaha mengumpul dana bagi tujuan pembinaan dewan serba
guna,” katanya pada majlis Trekton Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK
Jalan Bintang di sini, semalam.
Teks ucapan beliau yang juga Ahli Parlimen Miri dibacakan oleh Setiausaha Politiknya, Datuk Sebastian Ting.
Chin
berkata, sekolah terbabit amat memerlukan sebuah dewan serba guna untuk
aktiviti-aktiviti luar murid seperti perhimpunan, aktiviti kokurikulum,
pendidikan jasmani dan sebagainya.
“Malah, keadaan bertambah
susah apabila cuaca panas dan hujan. Ini menyukarkan guru-guru untuk
menjalan-kan aktiviti jasmani bahkan perhimpunan pelajar juga tidak
dapat diadakan,” jelasnya.
Sehubungan itu, Chin memuji sikap dan
keprihatinan PIBG yang berusaha menganjurkan program itu semata-mata
untuk mengumpul dana yang mencukupi bagi tujuan membina dewan serba
guna.
Pihak sekolah, katanya, telah berjaya mengumpul kira-kira
RM57,000 untuk tujuan pembinaan dewan terbabit seterusnya beliau
mengumumkan dana RM20,000 daripada geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP).
Mengulas
mengenai program trekton itu, beliau berkata, selain dapat menjamin
kecergasan, kecerdasan minda dan kesihatan, aktiviti sukan juga yang
melibatkan murid pelbagai kaum dan agama dapat memupuk perpaduan.
“Aspek
ini juga sangat penting dalam usaha kerajaan untuk membina negara
bangsa dan membangunkan modal insan selaras dengan Falsafah Pendidikan
Negara dan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan,” jelasnya.
Tambah
beliau, sukan bukan sahaja dapat mengekalkan kesihatan fizikal malah
membina kekuatan mental seperti mengawal emosi, fokus, menyusun strategi
dan membina semangat berpasukan.
Hadir sama Yang Dipertua PIBG SK Jalan Bintang Abdul Manaf Ismawi, dan Guru Besar SK Jalan Bintang Wong Siah Mee.
Ali Biju silap langkah, GPS tetap jadi pilihan
-
Keputusan Ali Biju yang tetap dengan pendiriannya tidak mahu ‘melompat’ ke
Parti Demokratik Progresif (PDP) sebelum ini dan berpegang serta bergantung
k...
2 years ago
No comments:
Post a Comment