BINTULU: Kementerian Perumahan akan memantau dan mengenal pasti
pendekatan yang boleh diambil untuk menstabilkan harga rumah di Bahagian
Bintulu sekali gus meng-elakkannya daripada terus me-ningkat.
Menteri
Muda Pembangunan Belia (Bandar) dan Menteri Muda Perumahan, Abdul Karim
Rahman Hamzah berkata, hakikatnya purata harga rumah dan sewa rumah di
Bintulu adalah paling tinggi berban-ding bandar-bandar utama lain
seperti Kuching, Miri dan Sibu.
Katanya, terdapat pro dan kontra
mengenai harga tersebut, namun kenaikan itu berpunca daripada beberapa
sebab, antaranya pembangunan pesat bandar Bintulu sendiri dan pusat bagi
pelaksanaan projek-projek Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE).
“Daripada
sebuah kampung nelayan terpencil, Bintulu seperti apa yang dapat
dilihat hari ini menjadi bandar yang sangat pantas membangun di
Sarawak,” ujarnya semasa me-rasmikan Jerayawara Perumahan dan Hartanah
Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah Sarawak (SHEDA) di Hotel
Parkcity Everly sema-lam. Jerayawara akan berakhir hari ini.
Abdul Karim berkata, pembangunan Bintulu amat pesat, justeru permintaan pasaran rumah turut meningkat.
“Ada
pemaju tidak gembira dengan keadaan itu (pengurangan harga rumah),
namun begitu di samping membina rumah yang lebih baik, pemaju juga perlu
sedar mengenai tanggungjawab mereka kepada masyarakat dengan membina
rumah yang mampu dimiliki,” katanya.
Beliau berkata, pemaju perlu melaksanakan lebih banyak program bagi memastikan penduduk mampu memiliki rumah yang lebih baik.
Jelasnya,
Kementerian Perancangan Sumber, Jabatan Tanah dan Survei dan
Kementerian Perumahan sendiri telah pergi ke Singapura untuk melihat
pembinaan konsep komuniti dalam taman sebagai salah satu langkah dalam
proses meng-ubah undang-undang dan ordi-nan perumahan di Sarawak.
Justeru,
katanya, Ketua Men-teri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud akan memberi
taklimat mengenai perkembangan perumahan di Sarawak, termasuk rumah kos
rendah dengan beberapa kes yang bermasalah membabitkan pemaju swasta.
“Kita
juga sedang melihat beberapa perkara dari segi keperluan modal,
kemudahan-kemudahan dan sebagainya dengan harapan untuk melihat masa
depan yang lebih baik.
“Dan, peranan pemaju perumahan bukan hanya
untuk meraih keuntungan, sebaliknya perlu melihat peranan lain dalam
menyediakan rumah,” katanya ketika mewakili Menteri Pe-rumahan, Datuk
Amar Abang Johari Tun Abang Openg.
Beliau berkata, dasar pembinaan
yang menentukan keadaan perbandaran dengan idea-idea yang lebih baik
perlu dibuat memandangkan pembeli membeli rumah bukan untuk didiami
sehari dua, tetapi seumur hidup mereka.
Dalam pada itu, katanya,
jerayawara dan pameran yang dianjurkan SHEDA amat bertepatan kerana ia
mampu membantu meningkatkan jualan hartanah.
Turut hadir Presiden
SHEDA, Zaidi Ahmad; Naib Presiden merangkap Pengerusi Perhubungan SHEDA
Bintulu, Troy Yaw Chee Weng; Pengerusi penganjur, Jason Ting Pin Nging;
Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA), Datu Mohidin Ishak,
Pegawai Daerah Bintulu, Tuah Suni; Penguasa Jabatan Tanah dan Survei,
Ramzi Abdillah, Temenggung Barry Yek dan Pemanca Francis Toh
Read more: http://www.theborneopost.com/2012/07/29/kementerian-cari-jalan-stabilkan-harga-rumah-di-bintulu/#ixzz21zCoD3Yz
Nelayan Berjaya Naikkan Ikan Pari Seberat 250 Kilogram
-
MIRI: Seorang nelayan dari Kuala Sibuti dekat sini, terkejut apabila pukat
yang dinaikkannya bukan hanya mengaut ikan biasa malah seekor ikan pari
gerga...
5 years ago
No comments:
Post a Comment