SIBU: Peniaga bazar Rama-dan khususnya di Dataran Bandar Sibu (DBS)
Fasa II diingatkan agar sentiasa menjaga kebersihan makanan dan minuman
yang dijual sepanjang bulan puasa ini.
Pengerusi Jawatankuasa
Bazar Ramadan Majlis Perbandaran Sibu (MPS), Kaunselor Dr Isa’ali Wasli
berkata, peniaga juga perlu menjaga kebersihan diri serta sekitar
kawasan mereka berniaga.
“Peniaga harus memastikan makanan yang
dijual sentiasa segar dan bukan makanan yang telah semalaman atau basi,”
ujarnya pada satu sidang media berhubung bazar Ramadan, petang semalam.
Bazar
Ramadan MPS di DBS Fasa II yang akan bermula 21 Julai hingga 18 Ogos,
melibatkan 169 peniaga. Daripada jumlah itu, 138 peniaga makanan dan
minuman, 24 gerai menjual makanan barbeku dan tujuh gerai menjual
pelbagai jenis barangan lain.
Dianjurkan setiap tahun, bazar
Ramadan ini dianjurkan dengan kerjasama Komuniti 1Malaysia Nangka
(K1MN). Hadir sama pada majlis ialah ahli jawatankuasa bazar, Kaunselor
Awang Ali Bahar, Timbalan Pengerusi K1MN Abang Kassim Abang Jes serta
yang lain.
Menurut Dr Isa’ali lagi, Pejabat Kesihatan Bahagian
Sibu juga akan mengambil sampel makanan dari semasa ke semasa bagi
memastikan makanan yang dijual peniaga bersih dan selamat untuk dimakan.
“Peniaga
yang berniaga di bazar Ramadan ini juga telah diarahkan untuk menjalani
saringan kesihatan,” katanya sambil memberitahu pihak majlis memandang
serius aspek kebersihan.
Di samping itu katanya, jumlah peniaga di
bazar Rama-dan tahun ini menunjukkan sedikit peningkatan berban-ding
penyertaan tahun lepas yang seramai 153 peniaga.
“Penyertaan
peniaga di bazar Ramadan ini sentiasa meningkat dari setahun ke
setahun,” katanya sambil menambah K1MN turut menganjurkan pertandingan
dekorasi dan kebersihan gerai.
Sehubungan itu, beliau menjemput
semua penduduk Sibu untuk mengunjungi bazar Ramadan ini yang dibuka dari
jam 2 petang hingga 7 malam.
“Namun ada peniaga yang telah memulakan perniagaan mereka seawal jam 12 tengah hari,” jelas Dr Isa’ali.
Majlis
perasmian Bazar Ramadan MPS di DBS Fasa II ini dijadual dirasmikan oleh
ahli Dewan Undangan Negeri Nangka, Dr Annuar Rapa’ee pada 22 Julai, jam
4 petang
Read more: http://www.theborneopost.com/2012/07/21/peniaga-bazar-ramadan-diminta-jaga-kebersihan-makanan-minuman/#ixzz21GWo8JgA
Ali Biju silap langkah, GPS tetap jadi pilihan
-
Keputusan Ali Biju yang tetap dengan pendiriannya tidak mahu ‘melompat’ ke
Parti Demokratik Progresif (PDP) sebelum ini dan berpegang serta bergantung
k...
2 years ago
No comments:
Post a Comment