KUCHING: Ketua Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk
Fadillah Yusof tidak menolak kemungkinan pembangkang akan terus
menggunakan taktik serangan peribadi untuk meraih undi pada Pilihan Raya
Umum Ke-13 (PRU13).
Beliau berkata, perkara itu bukan asing bagi
pembangkang kerana mereka tidak mempunyai cara lain selain menyerang
peribadi calon yang akan ditentang.
Menurutnya, Barisan Nasional
(BN) tidak gemar dengan permainan seperti itu kerana setiap maklumat
yang disalurkan kepada pengundi dan rakyat adalah berdasarkan fakta.
“Pengundi
mungkin boleh terpengaruh dengan serangan peribadi pembangkang terhadap
calon BN pada PRU 13 sekiranya tidak ditangani dengan baik.
“Ini
kerana mereka akan berterusan membuat tohmahan dan propaganda bagi
meraih undi rakyat,” katanya menerusi sistem pesanan ringkas.
Fadillah
yang juga Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi menjelaskan,
pembangkang sanggup melakukan apa sahaja demi untuk mengelirukan rakyat.
“Biar apapun saya yakin pengundi di Malaysia adalah orang yang bijak belaka.
“Mereka mampu menilai mana yang benar atau tidak,” ujarnya.
Read more: http://www.theborneopost.com/2012/07/07/pembangkang-akan-terus-serang-peribadi/#ixzz1zwhQAjTf
Nelayan Berjaya Naikkan Ikan Pari Seberat 250 Kilogram
-
MIRI: Seorang nelayan dari Kuala Sibuti dekat sini, terkejut apabila pukat
yang dinaikkannya bukan hanya mengaut ikan biasa malah seekor ikan pari
gerga...
5 years ago
No comments:
Post a Comment