KUCHING: Orang ramai yang tidak berpuas hati atau merasakan barangan
yang dijual di Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) masih sama harganya dengan
kedai runcit biasa, perlu memaklumkan perkara itu kepada pihak
kementerian.
Timbalan Menteri Perdaga-ngan Dalam Negeri, Koperasi
dan Kepenggunaan (KPDNKK) Datuk Rohani Abdul Karim berkata, dengan
berbuat demikian ia memudahkan kementerian untuk mendapatkan maklum
balas dan memeriksa produk yang didakwa.
“Kita sudah mendapat
maklum balas mengenai perkara ini, namun semasa pelancaran KR1M di
Padawan (Batu 11) harga barangan yang dibandingkan itu adalah tidak sama
dari segi jenis dan beratnya. Jika dari situ, memang ada bezanya.
“Misalnya
kalau mereka bezakan susu pekat manis produk 1Malaysia dengan susu
pekat manis jenama lain dengan berat yang sama sudah pasti susu pekat
manis 1Malaysia jauh murah, dan bukannya membezakan ia dengan barangan
lain,” katanya ketika dihubungi semalam.
Rohani yang juga Ahli
Parlimen Batang Lupar menegas-kan, kewujudan KR1M adalah untuk memberi
pelbagai pilihan kepada rakyat berbilang kaum khasnya mereka yang
berpendapatan sederhana dan rendah.
“Kita tidak pernah memaksa
orang untuk membeli barangan di KR1M dan ia dibuka untuk memberi manfaat
kepada golongan yang merasakan bara-ngan dijual di KR1M mampu dibeli
oleh mereka.
“Jika mereka merasakan barangan di KR1M mahal, maka laporkan kepada kita dan kita akan memeriksa,” ujar beliau.
Tambahnya,
produk yang dijual di KR1M adalah jauh lebih murah kerana ia tidak
memerlukan promosi dan pembungkusan yang biasa, maka itu harganya 30
peratus lebih rendah daripada kedai runcit biasa.
Beliau berkata, adalah tidak adil membandingkan barangan KR1M sedangkan ia banyak membawa manfaat lain selain harga yang murah.
Antaranya,
ia memberi peluang perniagaan kepada usahawan Industri Kecil dan
Sederhana (IKS) tempatan untuk menjadi pembekal produk mereka di KR1M
selain mampu mengawal harga pasaran.
“Semenjak wujudnya KR1M ini,
ada di antara pasar raya tidak berani lagi untuk meletakkan harga tinggi
memandangkan KR1M menawarkan harga rendah… ini adalah salah satu
daripada kebaikan KR1M dan bukannya melihat kepada satu sudut sahaja,”
kata Rohani.
Mengulas mengenai perkembangan KR1M di Sarawak,
katanya, sebanyak 12 buah lagi KR1M akan diperluaskan di negeri ini pada
tahun ini.
“Kini kita cuma sudah membuka satu, iaitu di Padawan (Batu 11) dan 12 buah lagi akan dibuka pada tahun ini.
“Bagaimanapun,
ia berpandukan lokasi-lokasi tertentu kerana kita sudah meminta kepada
Pengarah PPDNKK Negeri untuk mengenal pasti tempat berkenaan selain
mendapatkan maklum balas daripada pemimpin masyarakat,” kata beliau.
Nelayan Berjaya Naikkan Ikan Pari Seberat 250 Kilogram
-
MIRI: Seorang nelayan dari Kuala Sibuti dekat sini, terkejut apabila pukat
yang dinaikkannya bukan hanya mengaut ikan biasa malah seekor ikan pari
gerga...
5 years ago
No comments:
Post a Comment