TASEK GELUGOR 29 Julai - Program transformasi yang dilaksanakan oleh
kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah
untuk membawa kemakmuran kepada semua lapisan rakyat.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop
berkata, kerajaan Barisan Nasional (BN) mempunyai pelan yang kukuh untuk
membawa rakyat ke satu tahap hidup yang lebih berkualiti.
Katanya, kerajaan BN sentiasa bersungguh-sungguh dalam memikirkan
pelbagai kaedah untuk meningkatkan kualiti hidup rakyat dan program
transformasi seperti Program Transformasi Ekonomi (ETP) telah mula
dirasai.
"Kejayaan program transformasi memang menjadi satu isu untuk
pembangkang kerana mereka selalu menyatakan kerajaan tidak tahu buat
kerja. Kerja pembangkang hanya membantah sahaja walaupun tahu itu baik
untuk rakyat," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan sumbangan
wang tunai kepada 225 warga emas dan ibu tunggal di sini hari ini.
Nor Mohamed berkata demikian sebagai mengulas kenyataan bekas Naib
Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim dan Naib Presiden Pas,
Salahuddin Ayub baru-baru ini.
Nelayan Berjaya Naikkan Ikan Pari Seberat 250 Kilogram
-
MIRI: Seorang nelayan dari Kuala Sibuti dekat sini, terkejut apabila pukat
yang dinaikkannya bukan hanya mengaut ikan biasa malah seekor ikan pari
gerga...
5 years ago
No comments:
Post a Comment