BAU: Belia di negeri ini digesa untuk merebut peluang dan bantuan
melalui program latihan kemahiran dan kerjaya yang disediakan kerajaan.
Menteri
Pembangunan Sosial Tan Sri William Mawan Ikom berkata, belia terutama
dari luar bandar harus menjadikan jerayawara yang mempromosikan latihan
serta kemahiran sebagai satu usaha untuk meningkatkan pengetahuan dalam
membangunkan kerjaya pilihan mereka.
“Terdapat banyak program mengenai inovasi, kerjaya dan program pembangunan kemahiran telah dianjurkan di Sara-wak baru-baru ini.
“Pada
tahun ini pelbagai program telah dirancangkan bagi zon utara, tengah
dan selatan dengan tujuan memberi pen-dedahan kepada para belia tentang
peluang kerjaya yang ada,” katanya berucap pada Karnival Kemahiran dan
Kerjaya Belia Sarawak bagi Zon Selatan di Kampung Stenggang di sini,
semalam.
Mawan memberitahu, tujuan utama program diadakan adalah
untuk memberi pendedahan kepada belia mengenai peluang pekerjaan yang
ditawarkan di Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE).
“Seperti
yang anda sedia maklum, SCORE akan menawarkan sehingga 1.2 juta
pekerjaan bermula dari sekarang hingga tahun 2030 dan belia-belia harus
merebut peluang ini.
“Karnival juga menyasarkan untuk
memperkenalkan kursus kemahiran dan teknikal yang ditawarkan oleh
institusi awam dan swasta serta menawarkan kurus kemahiran dan teknikal
yang sesuai dengan kelayakan belia,” tambahnya.
Perhentian
karnival seterusnya dijangka diadakan di Kampung Singai, Bau pada 18
Ogos, Lundu (1 September), Sebauh (pertengahan September) dan Sri Aman
awal Disember.
Program merupakan anjuran Kementerian Pembangunan
Sosial (KPS) dengan kerjasama Tabung Ekonomi Gagasan Anak Sarawak
(TEGAS), Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dan Jabatan Tenaga Kerja
Sarawak.
Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri Opar, Ranum Mina
dan Pengerusi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Opar Datuk Peter
Minos.
Nelayan Berjaya Naikkan Ikan Pari Seberat 250 Kilogram
-
MIRI: Seorang nelayan dari Kuala Sibuti dekat sini, terkejut apabila pukat
yang dinaikkannya bukan hanya mengaut ikan biasa malah seekor ikan pari
gerga...
5 years ago
No comments:
Post a Comment