GEDONG:
Seramai 100 orang yang terdiri daripada ahli Jawatankuasa Kemajuan dan
Keselamatan Kampung (JKKK) dan wakil persatuan dan pertubuhan bukan kerajan
(NGO) di kawasan ini menerima Komputer Riba 1Malaysia bagi fasa ketiga 2012.
Ahli
Parlimen Batang Sadong Nancy Shukri berkata, jumlah tersebut merupakan
sebahagian daripada 1,005 unit komputer yang diperuntukkan untuk kawasan
Parlimen Batang Sadong.
“Apa
yang saya lihat usaha murni kerajaan ini ialah untuk mempersiapkan setiap
lapisan rakyat di negara ini, tanpa mengira usia tahu menggunakan teknologi
pada masa kini dalam usaha menjadi sebuah negara maju menjelang 2020 kelak,”
katanya.
Beliau
berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian penyerahan Komputer Riba
1Malaysia di Dewan Serba Guna Kampung Gedong di sini kelmarin.
Nancy
memberitahu terdahulu sebanyak 300 unit telah diagihkan kepada penduduk di
Sadong Jaya pada bulan lepas manakala 605 unit lagi akan diagihkan kepada
penduduk kawasan Simunjan yang terdiri daripada JKKK kampung, persatuan dan
pelajar.
“Dengan
adanya komputer tersebut, diharap mereka dapat menggunakan dengan sebaik
mungkin untuk memajukan diri.
“Ini
bukan sahaja memudahkan mereka untuk menjalankan tugas rasmi jawatankuasa
tetapi membolehkan mereka berhubung secara dalam talian bersama pemimpin atau
jabatan kerajaan menerusi laman sosial seperti facebook , twitter, blog mahupun
laman sesawang rasmi kerajaan,” jelasnya lagi.
Selain
itu, katanya tiga projek Kampung Tanpa Wayar telah dipasang di kawasan Kampung
Gedong yang akan membolehkan penduduk kampung melayari Internet secara percuma
24 jam.
“Kerajaan
sangat komited dan sangat prihatin dengan keperluan rakyat dan telah membelanjakan
jutaan ringgit bagi menolong rakyat dan pemberian komputer kepada pelajar dan
orang awam adalah salah satu daripada tujuan murni tersebut,” tambahnya.
Turut
hadir adalah Pegawai Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) Wilayah
Sarawak Ahmad Nufairie Ramadan, Penghulu Kampung Gedong Sahara Enai dan Ketua
PBB Zon Gedong Ali Bujang
GEDONG:
Seramai 100 orang yang terdiri daripada ahli Jawatankuasa Kemajuan dan
Keselamatan Kampung (JKKK) dan wakil persatuan dan pertubuhan bukan
kerajan (NGO) di kawasan ini menerima Komputer Riba 1Malaysia bagi fasa
ketiga 2012.
Ahli Parlimen Batang Sadong Nancy Shukri berkata,
jumlah tersebut merupakan sebahagian daripada 1,005 unit komputer yang
diperuntukkan untuk kawasan Parlimen Batang Sadong.
“Apa yang saya
lihat usaha murni kerajaan ini ialah untuk mempersiapkan setiap lapisan
rakyat di negara ini, tanpa mengira usia tahu menggunakan teknologi
pada masa kini dalam usaha menjadi sebuah negara maju menjelang 2020
kelak,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada
majlis perasmian penyerahan Komputer Riba 1Malaysia di Dewan Serba Guna
Kampung Gedong di sini kelmarin.
Nancy memberitahu terdahulu
sebanyak 300 unit telah diagihkan kepada penduduk di Sadong Jaya pada
bulan lepas manakala 605 unit lagi akan diagihkan kepada penduduk
kawasan Simunjan yang terdiri daripada JKKK kampung, persatuan dan
pelajar.
“Dengan adanya komputer tersebut, diharap mereka dapat menggunakan dengan sebaik mungkin untuk memajukan diri.
“Ini
bukan sahaja memudahkan mereka untuk menjalankan tugas rasmi
jawatankuasa tetapi membolehkan mereka berhubung secara dalam talian
bersama pemimpin atau jabatan kerajaan menerusi laman sosial seperti
facebook , twitter, blog mahupun laman sesawang rasmi kerajaan,”
jelasnya lagi.
Selain itu, katanya tiga projek Kampung Tanpa Wayar
telah dipasang di kawasan Kampung Gedong yang akan membolehkan penduduk
kampung melayari Internet secara percuma 24 jam.
“Kerajaan sangat
komited dan sangat prihatin dengan keperluan rakyat dan telah
membelanjakan jutaan ringgit bagi menolong rakyat dan pemberian komputer
kepada pelajar dan orang awam adalah salah satu daripada tujuan murni
tersebut,” tambahnya.
Turut hadir adalah Pegawai Suruhanjaya
Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) Wilayah Sarawak Ahmad Nufairie
Ramadan, Penghulu Kampung Gedong Sahara Enai dan Ketua PBB Zon Gedong
Ali Bujang
Read more: http://www.theborneopost.com/2012/11/25/100-orang-terima-komputer-riba-1malaysia/#ixzz2DCwCiz2H