KUALA LUMPUR: Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) semalam menafikan
laporan blog dan artikel yang mendakwa bumi akan bergelap selama tiga
hari mulai 23 Disember ber-ikutan kedudukan bumi, matahari dan pusat
Galaksi (Bima Sakti) akan ber-ada pada kedudukan selari.
Di
samping itu, laporan itu mendakwa, kedudukan awan-awan debu gelap atau
Dark Dust Clouds berhampiran dengan Galaksi boleh menghalang penduduk
dunia daripada melihat sebahagian daripada Galaksi, menurut kenyataan
akhbar agensi itu yang dikeluarkan di sini semalam.
Menurut
kenyataan itu, berikutan senario tersebut, ada yang berpendapat bila
bumi, matahari dan pusat galaksi selari (sejajaran), maka akan berlaku
penumpuan daya graviti daripada bumi, matahari dan pusat galaksi
sehingga boleh mengakibatkan ke-musnahan alam semesta.
Selain itu,
mereka turut mendakwa bila bumi, matahari dan pusat galaksi selari, di
mana terdapat awan-awan debu gelap berhampiran pusat galaksi, maka bumi
akan bergelap.
ANGKASA berkata semua andai-an itu adalah tidak
benar kerana pusat galaksi terlalu jauh dari bumi dan matahari iaitu 165
quadrillion batu, jadi kesan tarikan graviti adalah terlalu kecil.
“Awan-awan
debu gelap menghalang penglihatan kita ke arah pusat Galaksi bukannya
menghalang matahari daripada dilihat dari bumi,” menurut agensi itu.
Malah,
menurut ANGKASA, terdapat juga video YouTube oleh pihak NASA yang telah
disalah guna oleh pihak tertentu yang menunjukkan Pegawai Tabir NASA,
Charles F Bolden, Jr memberi penerangan berkenaan persediaan peribadi
dan keluarga sekiranya berlaku kecemasan, iaitu merujuk kejadian 911,
puting beliung, gempa bumi dan sebagainya.
“Pihak-pihak tertentu
telah memanipulasi video tersebut dengan artikel ‘Bumi Akan Bergelap
Pada 23, 24 Dan 25 Disember 2012’,” katanya. — Bernama
Nelayan Berjaya Naikkan Ikan Pari Seberat 250 Kilogram
-
MIRI: Seorang nelayan dari Kuala Sibuti dekat sini, terkejut apabila pukat
yang dinaikkannya bukan hanya mengaut ikan biasa malah seekor ikan pari
gerga...
5 years ago
No comments:
Post a Comment