KUCHING: Dalam menghadapi peperangan maya menjelang Pilihan Raya Umum
Ke-13 (PRU13), Barisan Nasional (BN) akan mengamalkan prinsip realistik
dan berusaha membuktikan apa yang telah dilakukan.
Malah, menurut
Ketua Setiausaha Politik Ketua Menteri Abdullah Saidol, askar maya dan
pengamal media sosial pro-BN tidak akan terikut-ikut cara pembangkang
yang dikatakan gemar memutarbelitkan fakta dan berjanji tanpa mampu
melakukannya.
“Kita tidak akan membuat janji merapu dan kita lebih
realistik menerusi jalinan kerjasama dengan Kerajaan Persekutuan dan
terus cuba mengekalkan kita (Sarawak) sebagai simpanan tetap BN agar
mendapat peruntukan pembangunan yang lebih besar,” katanya pada sidang
media selepas taklimat ke- sedaran undang-undang si-ber di sini,
semalam.
Kira-kira 200 pengamal media sosial menyertai program
setengah hari itu yang diadakan bagi memupuk dan menggalakkan kawal
selia kendiri dan bertanggungjawab atas talian.
Ia turut dijadikan
landasan bagi menyebarkan kesedaran perundangan siber seperti Akta
Komunikasi dan Multimedia 1998 dan undang-undang lain yang berkaitan.
Abdullah
yang juga Penge-rusi Kelab Penyokong BN Sa-rawak berkata lagi, BN tidak
akan menyembunyikan fakta jika wujud kesilapan dilakukannya kerana
mereka juga mengakui ada kekurangan perlu diperbetulkan.
“Kita
menerima kritikan membina dan teguran berhemah yang datang daripada
pihak mana sekalipun. Jika ia boleh diguna pakai, apa salahnya kita
amalkan,” ujarnya.
Pengamal media sosial pro-BN juga wajar lebih
meng-utamakan elemen tanggungjawab dalam menyebarkan sebarang maklumat
menerusi mana-mana laman sosial, jelasnya.
Katanya, kes pembunuhan
seorang lelaki di Lawas baru-baru ini banyak digembar-gemburkan media
sosial de-ngan mengaitkan isu per- kauman dan keagamaan, jus-teru ia
perlu dielakkan demi menjaga perpaduan kaum di Sarawak.
Abdullah
yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semop berkata, pengamal
media sosial turut dinasihati berfikir sebelum mengeluarkan sebarang
ke-nyataan.
“Kita beri satu contoh pemimpin muda mengeluarkan
kenyataan berkaitan agama dan dalam masa 24 jam dia menarik balik. Ini
contoh tidak menggunakan akal apabila berca-kap,” katanya yang
dipercayai merujuk terhadap pemimpin PKR Nurul Izzah Anwar.
Baru-baru ini, Nurul menyo-kong kebebasan beragama di kalangan Melayu Islam.
Nelayan Berjaya Naikkan Ikan Pari Seberat 250 Kilogram
-
MIRI: Seorang nelayan dari Kuala Sibuti dekat sini, terkejut apabila pukat
yang dinaikkannya bukan hanya mengaut ikan biasa malah seekor ikan pari
gerga...
5 years ago
No comments:
Post a Comment