KUCHING: Seramai 61,691 penerima Bantuan Rakyat
1Malaysia (BR1M) 2.0 di Bahagian Kuching akan memperolehi baucar tunai
masing-masing dari 4 hingga 17 Februari ini.
Residen Kuching Abdul
Rahman Sebli Senusi berkata, semua penerima yang dimaklumkan melalui
pos diharap telah menerima surat berkenaan dan hadir ke lokasi majlis
pengagihan seperti yang ditetapkan.
Peringkat pertama agihan di Bandar Kuching pada 4 dan 5 Februari melibatkan 10,879 penerima di Stadium MBKS, Jalan Pending.
Parlimen
Stampin pula dijadualkan dari 6 hingga 8 Februari dengan jumlah
penerima seramai 15,597 juga di Stadium MBKS, manakala dari 8 hingga 16
Februari bagi Parlimen Petra Jaya melibatkan 16,779 penerima di Stadium
Perpaduan, Petra Jaya.
Bagi Parlimen Santubong dari 7 hingga 17
Februari, 10,625 penerima akan menerima baucar masing-masing di Dewan
Masyarakat Lundu dan DUN lama, Petra Jaya.
Bagi Parlimen Mas Gading yang mempunyai 7,710 penerima, lokasi majlis pengagihan pada 17 Februari akan dimaklumkan kemudian.
“Untuk
memeriksa maklumat terperinci, orang ramai boleh menghubungi talian
‘hotline’ Pejabat Residen 082-246991 pada waktu pejabat untuk menyemak
kedudukan permohonan mereka.
“Untuk tujuan ini, pejabat kami juga
beroperasi pada hari Sabtu dan Ahad sepanjang Februari kecuali pada 11
dan 12 Februari kerana cuti Tahun Baharu Cina,” katanya pada sidang
media di sini, semalam.
Penerima BR1M juga boleh mendapatkan maklumat di pejabat-pejabat kawasan Parlimen masing-masing, jelasnya.
“Perlu
diingatkan, semua penerima perlu datang sendiri dengan membawa kad
pengenalan untuk mengambil baucar. Wakil tidak akan dibenarkan.
“Penerima juga boleh menunaikan terus barcar tersebut dengan pihak bank yang akan turut ditempatkan di sana,” katanya.
Nelayan Berjaya Naikkan Ikan Pari Seberat 250 Kilogram
-
MIRI: Seorang nelayan dari Kuala Sibuti dekat sini, terkejut apabila pukat
yang dinaikkannya bukan hanya mengaut ikan biasa malah seekor ikan pari
gerga...
5 years ago
No comments:
Post a Comment