PEKAN 16 Feb. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini
menyempurnakan upacara penyerahan kunci kepada 160 penerima perumahan
Projek Penyusunan Semula Kampung (PPSK) Felcra Sri Makmur, di sini.
Biarpun hujan, majlis itu tetap berlangsung meriah dan dihadiri
kira-kira 15,000 orang yang kebanyakannya peserta Felcra dari negeri
ini.
Turut hadir, Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob, Menteri Kemajuan
Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal, Ketua
Setiausaha KKLW, Datuk Ibrahim Muhamad, Pengerusi Felcra, Datuk Tajuddin
Abdul Rahman, Ketua Pegawai Eksekutif Felcra, Datuk Juzilman Basir dan
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Manis, Khairuddin Mahmud.
Perumahan PPSK itu merupakan bukti janji ditepati kerajaan pimpinan
Barisan Nasional (BN) dalam membela nasib rakyat termasuk peserta
Felcra.
Selain penyerahan kunci, Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan turut
menyampaikan replika cek RM10,000 sebagai sumbangan kepada Masjid
Al-Fatah Sri Makmur.
Turut disampaikan simbolik penyerahan baucar Bantuan Rakyat 1Malaysia
(BR1M) 2.0 kepada ketua isi rumah dan individu bujang perkampungan
Felcra Sri Makmur.
Sementara itu, Najib dalam ucapannya berkata, perumahan peserta
Felcra itu membuktikan usaha kerajaan melaksanakan proses urbanisasi
kawasan luar bandar di negara ini.
"Saya masih ingat idea ayahanda saya Allahyarham Tun Abdul Razak
untuk proses urbanisasi ini dan hasratnya kini menjadi kenyataan. Inilah
ciri-ciri bandar moden yang dapat kita kecapi," katanya.
Najib berkata, peserta Felcra seharusnya bersyukur menerima rumah itu
yang kosnya hanya RM50,000 sebuah tetapi peserta hanya perlu membayar
satu per tiga sahaja kosnya manakala selebihnya ditanggung oleh Felcra.
"Jika dibangunkan oleh pihak swasta, harga rumah ini tidak kurang
RM150,000 dan selepas mengira keuntungan boleh mencecah RM180,000,"
katanya.
Nelayan Berjaya Naikkan Ikan Pari Seberat 250 Kilogram
-
MIRI: Seorang nelayan dari Kuala Sibuti dekat sini, terkejut apabila pukat
yang dinaikkannya bukan hanya mengaut ikan biasa malah seekor ikan pari
gerga...
5 years ago
No comments:
Post a Comment